28/12/2017 — Tiada Isu Kerusi Cameron Highlands Rabu Ini:- TS M Keyveas Reviewed by Perak BN on . Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) , Tan Sri M Keyveas memberitahu isu kerusi Cameron Highlands tidak akan dibincangkan paca Mesyuarat Khas Dewa Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) , Tan Sri M Keyveas memberitahu isu kerusi Cameron Highlands tidak akan dibincangkan paca Mesyuarat Khas Dewa Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 28/12/2017 — Tiada Isu Kerusi Cameron Highlands Rabu Ini:- TS M Keyveas

28/12/2017 — Tiada Isu Kerusi Cameron Highlands Rabu Ini:- TS M Keyveas

perakbn Tiada Isu Kerusi Cameron Highlands Rabu IniPresiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) , Tan Sri M Keyveas memberitahu isu kerusi Cameron Highlands tidak akan dibincangkan paca Mesyuarat Khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada Rabu depan.

Jelasnya lagi, perkara itu tidak wajar dibincangkan secara terbuka di peringkat tertinggi kerana ia melibatkan dua buah parti MyPPP dan MIC.

“Isu pertindihan kerusi Cameron Highlands, kalau dibincangkan pun secara tertutup antara MyPPP dan MIC dengan BN.

“Saya rasa tidak akan ada rundingan atau mesyuarat lanjut. Biar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, buat keputusan calon langsung yang layak bertanding di Cameron Highlands,” katanya semasa ditemui pemberita di ibu negara, semalam.

Tan Sri Keyveas yang menyokong kaedah ‘calon langsung’ yang digunakan BN untuk menempatkan calon pilihan raya umum nanti, yakin akan kredibiliti pihaknya sebagai parti komponen yang mampu memberi kemenangan.

“MyPPP boleh menang majoriti di kawasan itu. Kita sudah bertemu 28,000 pengundi lama dan 5,000 pengundi baharu, sejak tiga tahun lalu.

“Mereka semua adalah penyokong kuat MyPPP,”ujar beliau.

Dalam hal ini, beliau berkata MyPPP akan terus mengatur pelbagai program, termasuk membina kubu kuat MyPPP di Cameron Highlands dan sekaligus meleraikan konflik perebutan kerusi dengan MIC.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top