27/12/2017 — Elaun Sara Hidup Nelayan, LKIM Perak Salur RM178 Juta:- Zarina Abd Latiff Reviewed by Perak BN on . Sejak diperkenalkan Jun 2008, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak telah menyalurkan sebanyak RM178 juta kepada 8,000 nelayan yang berdaftar untuk Elaun Sejak diperkenalkan Jun 2008, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak telah menyalurkan sebanyak RM178 juta kepada 8,000 nelayan yang berdaftar untuk Elaun Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 27/12/2017 — Elaun Sara Hidup Nelayan, LKIM Perak Salur RM178 Juta:- Zarina Abd Latiff

27/12/2017 — Elaun Sara Hidup Nelayan, LKIM Perak Salur RM178 Juta:- Zarina Abd Latiff

perakbn Elaun Sara Hidup Nelayan, LKIM Perak Salur RM178 Juta Zarina Abd LatiffSejak diperkenalkan Jun 2008, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak telah menyalurkan sebanyak RM178 juta kepada 8,000 nelayan yang berdaftar untuk Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN).

Selain daripada pemberian elaun itu, Pengarah LKIM Negeri, Zarina Abd Latiff berkata pihaknya turut melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) lain seperti bantuan membaik pulih rumah nelayan dan sebagainya.

“Sepanjang tahun ini, LKIM sudah membaik pulih tiga buah rumah nelayan dan membina sebuah rumah baharu di negeri ini dengan kos keseluruhan berjumlah RM79,000 iaitu RM13,000 bagi membaik pulih dan RM40,000 bagi membina rumah baharu yang ditanggung oleh LKIM,” katanya.

Zarina berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan persekolahan anak-anak nelayan daerah Kerian di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kerian di Kuala Kurai, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Parit Buntar Datuk Abu Bakar Mat Ali.

Sementara itu, Zarina memberitahu elaun sara hidup bagi nelayan di daerah Parit Buntar, seramai 3,800 orang telah menerimanya untuk tahun 2017.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top