27/12/2017 — Tiada Suntikan Vaksin MMR, Punca Kanak-kanak Jangkiti Measel:- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Reviewed by Perak BN on . Dua kanak-kanak berusia 2 dan 5 tahun yang dijangkiti wabak campak atau measel disebabkan tidak mengambil suntikan vaksin campak, beguk dan rubella (MMR). Perka Dua kanak-kanak berusia 2 dan 5 tahun yang dijangkiti wabak campak atau measel disebabkan tidak mengambil suntikan vaksin campak, beguk dan rubella (MMR). Perka Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 27/12/2017 — Tiada Suntikan Vaksin MMR, Punca Kanak-kanak Jangkiti Measel:- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

27/12/2017 — Tiada Suntikan Vaksin MMR, Punca Kanak-kanak Jangkiti Measel:- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

perakbn Tiada Suntikan Vaksin MMR, Punca Kanak-kanak Jangkiti Measel Datuk Dr Noor Hisham AbdullahDua kanak-kanak berusia 2 dan 5 tahun yang dijangkiti wabak campak atau measel disebabkan tidak mengambil suntikan vaksin campak, beguk dan rubella (MMR).

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mengulas kejadian dua adik beradik lelaki itu yang tinggal di Kampung Manjoi, Ipoh.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan dan mendapati tiada kes lain dikesan dengan gejala measles,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut telahpun sembuh sepenuhnya.

Dalam hal ini, Datuk Dr Noor Hisham menasihatkan agar ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat suntikan imunisasi MMR mengikut jadual serta dapatkan janji temu baharu sekiranya telah tercicir.

“Sekiranya mengalami gejala, elakkan ke tempat-tempat awam sehingga sembuh bagi mengelakkan perebakan jangkitan dan sentiasa pastikan kebersihan diri dan persekitaran,” nasihat beliau.

Sekiranya didapati berlaku gejala demam dan ruam, Datuk Dr Noor Hisham meminta agar mereka yang berkenaan mendapatkan rawatan awal bagi mengelak komplikasi disamping mengamalkan etika batuk yang betul bagi mengelakkan jangkitan.

“Measles atau campak adalah penyakit cegahan vaksin yang mudah berjangkit melalui udara dan sentuhan langsung titisan cecair pesakit,” katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top