17/12/2017 — DUN Belia :- PBT Pantau Tindakan Modifikasi Bahasa Melayu:- A Arvend Reviewed by Perak BN on . Bukan sahaja menggalakkan semua iklan perniagaan memberi keutamaan untuk menggunakan bahasa Melayu, namun tindakan modifikasi bahasa kebangsaan itu sepatutnya d Bukan sahaja menggalakkan semua iklan perniagaan memberi keutamaan untuk menggunakan bahasa Melayu, namun tindakan modifikasi bahasa kebangsaan itu sepatutnya d Rating: 0
You Are Here: Home » General » 17/12/2017 — DUN Belia :- PBT Pantau Tindakan Modifikasi Bahasa Melayu:- A Arvend

17/12/2017 — DUN Belia :- PBT Pantau Tindakan Modifikasi Bahasa Melayu:- A Arvend

perakbn DUN Belia PBT Pantau Tindakan Modifikasi Bahasa MelayuBukan sahaja menggalakkan semua iklan perniagaan memberi keutamaan untuk menggunakan bahasa Melayu, namun tindakan modifikasi bahasa kebangsaan itu sepatutnya dipantau.

Perkara itu disuarakan oleh pewakilan DUN Belia Perak, A Arvend yang mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan peranan penting untuk isu ini selaras dengan usaha pemerkasaan bahasa Melayu seperti mana tertakluk pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelima tahun 1998 lalu.

“PBT perlu memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat daripada segi perkataan, susunan ayat, ejaan, tatabahasa dan sebagainya.

“Perkataan bahasa Melayu juga perlu diberi keutamaan dari segi saiz, warna serta kedudukan sekiranya iklan turut memaparkan penggunaan bahasa lain,” katanya.

Perkara itu antara tujuh usul yang dibentangkan pada DUN Belia semalam, dengan tajuknya Kejatidirian Bangsa Malaysia: Memperkasakan Melalui PBT.

Cadang Arvend, menjadi keperluan bagi penguatkuasaan Undang-undang Kecil Iklan PBT dibuat dalam mengenakan tindakan jika mana-mana perniagaan melanggar arahan itu termasuk dihadapan le mahkamah.

“Apa pun, penggunaan bahasa yang betul hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),” ujar Arvend.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top