16/12/2017 — Stadium Manjung Dibaik Pulih, Bukan Tidak Selamat:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, tiada laporan diterima dengan mengatakan bahawa Stadium Manjung tidak selemat. Bagaimanapun bel Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, tiada laporan diterima dengan mengatakan bahawa Stadium Manjung tidak selemat. Bagaimanapun bel Rating: 0
You Are Here: Home » General » 16/12/2017 — Stadium Manjung Dibaik Pulih, Bukan Tidak Selamat:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

16/12/2017 — Stadium Manjung Dibaik Pulih, Bukan Tidak Selamat:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Stadium Manjung Dibaik Pulih, Bukan Tidak SelamatMenteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, tiada laporan diterima dengan mengatakan bahawa Stadium Manjung tidak selemat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan yang pada masa ini stadium berkenaan sedang dalam proses membaik pulih dan membaiki kemudahan dan prasarana yang dijangka selesai pada Januari ini.

“Kita sedang membaik pulih stadium Manjung yang juga merupakan sebahagian persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA 2018), jadi ia sebagai persiapan awal dengan memperbaiki prasarana dan kemudahan untuk tujuan sukan tersebut,” katanya ketika menjawab dakwaan kononnya stadium itu tidak selamat.

Stadium tersebut dijadikan sebagai salah satu lokasi SUKMA dengan tujuan menjadikan seluruh daerah terutama penduduknya merasai kehangatan temasya dua tahun sekali itu.

“Jadi kita sedang membaik pulih bagi membesarkan stadium Manjung, dan menambah kapasiti penonton yang mulanya berjumlah 5,000 sedang buat dalam lingkungan 12,000 penonton kelak,” jelas Datuk Seri Diraja Dr Zambry kepada pemberita pada Program Back to School Plus bersama Adun kawasan Pangkor 2017, di Manjung, semalam.

Sehubungan dengan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan.

Pada Selasa lepas, media melaporkan bahawa permohonan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk menggunakan Stadium Manjung sebagai lokasi rasmi saingan Liga Super 2018, masih belum diputuskan memandangkan pihak Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) masih mengkaji dari aspek keselamatan stadium tersebut.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top