16/12/2017 — Idea Belia, Pendokong Usaha Membina Kehidupan Aman, Jaya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Persidangan Dewan Belia Negeri yang terakhir bagi penggal 2016-2017 bakal membentangkan tujuh perkara mengikut jawatankuasa masing-masing. Menteri Besar, Datuk Persidangan Dewan Belia Negeri yang terakhir bagi penggal 2016-2017 bakal membentangkan tujuh perkara mengikut jawatankuasa masing-masing. Menteri Besar, Datuk Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 16/12/2017 — Idea Belia, Pendokong Usaha Membina Kehidupan Aman, Jaya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

16/12/2017 — Idea Belia, Pendokong Usaha Membina Kehidupan Aman, Jaya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Idea Belia, Pendokong Usaha Membina Kehidupan Aman JayaPersidangan Dewan Belia Negeri yang terakhir bagi penggal 2016-2017 bakal membentangkan tujuh perkara mengikut jawatankuasa masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menerui Twitternya hari ini mengucapkan selamat persidangan bagi para belia negeri yang mana beliau menyifatkan sumbangan idea golongan itu amat penting dan bernilai..

“Kepetahan dan idea anda semua menjadi pendorong dan peransang kepada Kerajaan Negeri untuk terus bekerja keras memajukan rakyat dan membina kehidupan aman dan jaya. Terima kasih. Tahniah,” demikian catatanya.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok akan melibatkan 60 perwakilan terdiri daripada pelbagai latar belakang anak muda.

Persidangan akan dikendalikan ADUN Temengor, Salbiah Mohamed selaku Speaker Dewan Belia Perak dan Timbalannya, Mohamad Ziad Bin Dato’ Mohamed Zainal Abidin.

Tujuh usul akan dibentangkan oleh setiap perwakilan yang mewakili tujuh jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Ekonomi, Usahawan, Pelancongan dan Pengantarabangsaan; Jawatankuasa Sosial, Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita; Jawatankuasa Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian; Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insan dan Integrasi Nasional; Jawatankuasa Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia; Jawatankuasa Prasarana, Pembangunan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jawatankuasa Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme.

Antara usul-usul yang dibentangkan ialah Perak Negeri Bersih 2025: ke arah pengurusan efektif dan penyelesaian inklusif, Mendidik dalam menghukum ke arah sifar buli sekolah, Bahasa Melayu kejatidirian bangsa Malaysia, Memperkasakan melalyi PBT serta Membangunkan secara inklusif bidang agro pelancongan dan perniagaan ‘food truck’ di negeri Perak.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top