16/12/2017 — 3 Acara Tidak Dipertandingkan, Perak Akur:- Datuk Shahrul Zaman Yahya Reviewed by Perak BN on . Perak akur dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tidak mempertandingkan acara sepak takraw, angkat berat dan taekwo Perak akur dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tidak mempertandingkan acara sepak takraw, angkat berat dan taekwo Rating: 0
You Are Here: Home » General » 16/12/2017 — 3 Acara Tidak Dipertandingkan, Perak Akur:- Datuk Shahrul Zaman Yahya

16/12/2017 — 3 Acara Tidak Dipertandingkan, Perak Akur:- Datuk Shahrul Zaman Yahya

perakbn 3 Acara Tidak Dipertandingkan, Perak AkurPerak akur dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tidak mempertandingkan acara sepak takraw, angkat berat dan taekwondo dalam Sukan Malaysia 2018 (SUKMA).

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahaya berkata selaku tuan rumah, keputusan itu yang dibuat.

“Kerajaan negeri hanya pelaksana kepada penganjuran sukan dwitahunan itu dan tidak boleh menyenaraikan acara sukan sesuka hati,” katanya kepada pemberita semalam.

Sebelum itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail memberitahu tiga acara itu digugurkan daripada program sukan teras MSN dan tidak boleh dipertandingkan dalam SUKMA 2018 meskipun tuan rumah mempunyai pilihan menyenaraikannya dalam 10 sukan pilihan.

Lembaga Pengurus MSN menggugurkan tiga sukan berkenaan dan berkuat kuasa ketika SUKMA 2018 dan ia dipersetujui Jawatankuasa Tertinggi SUKMA.

Keputusan diputuskan Lembaga Pengurus MSN itu turut merangkumi Jawatankuasa Tertinggi Sukma, bermakna ketiga-tiga acara itu sah tidak disenaraikan dalam temasya itu.

Sehubungan dengan itu, Datuk Shahrul Zaman berkata, dari aspek lokasi acara, pihaknya akan menggantikan acara sukan lain untuk diadakan di lokasi yang ditetapkan.

“Dengan ketiga-tiga aca­ra tersebut tidak boleh diper­tandingkan dalam SUKMA, kami akan mencari sukan lain sebagai ganti acara di venue yang telah ditetapkan,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top