10/12/2017 — Kemalangan 3 Beranak, Mahu Laporan Lengkap:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mahu laporan penuh mengenai kejadian kemalangan maut di Batu 9, Lekir menghala ke Teluk Intan bagi mengenal Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mahu laporan penuh mengenai kejadian kemalangan maut di Batu 9, Lekir menghala ke Teluk Intan bagi mengenal Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 10/12/2017 — Kemalangan 3 Beranak, Mahu Laporan Lengkap:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

10/12/2017 — Kemalangan 3 Beranak, Mahu Laporan Lengkap:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Kemalangan 3 Beranak, Mahu Laporan LengkapMenteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mahu laporan penuh mengenai kejadian kemalangan maut di Batu 9, Lekir menghala ke Teluk Intan bagi mengenal pasti punca sebenar.

Katanya, menerusi maklumat balas penduduk tempatan, mereka mendakwa keadaan struktur jalan yang tidak elok antara punca berlakunya kemalangan di laluan utama itu.

“Peristiwa ini beri peringatan dan saya ingatkan Jabatan Kerja Raya (JKR), jika didapti ada masalah teknikal atau ada unsur tidak diingin seperti penanda, atau gelap…kita akan ambil laporan berkaitan.

“Orang kampung ada bagitahu mengapa berlaku kemalangan seperti itu…yang paling penting kita tengok pelbagai aspek jika perlu kerja baik jalan dilakukan dan ini untuk pastikan faktor keselamatan pengguna..perlu laporan terperinci sebab ini melibatkan nyawa masyarakat,” katanya.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian semasa mengadakan kunjungan terhadap keluarga mangsa di Sitiawan.

Beliau menyampaikan cek pampasan dan pencen IIhat PERKESO kepada waris mangsa.

Dalam kemalangan awal pagi pada 3 Disember lali, seorang bayi lelaki berusia tiga bulan Muhamad Daris Iffat terkorban bersama ibu bapanya Sairulazuwan Nadzim, 37, dan Azilina Abdul Aziz, 37.

Siasatan awal mendapati Sairulazuwan dalam perjalanan dari Batu 9, Lekir menghala ke Teluk Intan dipercayai cuba mengelak pembahagi jalan sebelum kenderaannya terbabas, lalu terhumban ke dalam parit berair sedalam 2.5 meter di sebelah kanan jalan.

Kemalangan itu menyebabkan tiga lagi anaknya Muhammad Daris Wafiy, Muhammad Daris Rayyan, 9, dan Muhammad Daris Amsyar, 5, menjadi anak yatim piatu sekelip mata.

Difahamkan mereka kini sedang dijaga oleh keluarga Sairulazuwan.

Menerusi penyampaian sumbangan itu, Datuk Seri Diraja Dr Zambry memaklumkan anak mangsa akan menerima bantuan RM1515.15 sebulan bagi tujuan pembiayaan keperluan dan pengurusan.

“Moga dengan bantuan RM1515.51 ini akan dapat ringankan penjaga dan harap ia dapat membantu membiayai pelajaran mereka,” ujar beliau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top