06/12/2017 — Pendidikan Tinggi Perlu Terap Pendekatan Keusahawanan, Inovatif :- Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Reviewed by Perak BN on . Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang menerajui pendekatan inovatif disamping menunjukkan perkembangan yang baik dalam sektor teknologi digital. Dalam asp Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang menerajui pendekatan inovatif disamping menunjukkan perkembangan yang baik dalam sektor teknologi digital. Dalam asp Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 06/12/2017 — Pendidikan Tinggi Perlu Terap Pendekatan Keusahawanan, Inovatif :- Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah

06/12/2017 — Pendidikan Tinggi Perlu Terap Pendekatan Keusahawanan, Inovatif :- Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah

perakbn Pendidikan Tinggi Perlu Terap Pendekatan Keusahawanan InovatifMalaysia dilihat sebagai sebuah negara yang menerajui pendekatan inovatif disamping menunjukkan perkembangan yang baik dalam sektor teknologi digital.

Dalam aspek pendidikan tinggi, Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bagi mencapai perubahan secara menyeluruh, pendekatan keusahawanan perlu dipertingkatkan disamping memantapkan kemajuan teknologi.

“Untuk mencapai perubahan radikal (menyeluruh) yang diperlukan, adalah penting untuk memupuk pendekatan yang berteraskan keusahawanan terhadap pengajian tinggi berbanding yang sedia ada kini.

“Antaranya adalah memasukkan peranan yang lebih besar sektor industri dalam melaksanakan kerjasama awam-swasta bagi melakar dinamisme dan inovasi yang lebih baik yang ada dalam sektor swasta,”titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian dalam Titah Diraja pada program ‘Building A Dynamic and Inclusive Education Ecosystem’ yang didadakan sempena ulangtahun ke-20 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Seri Iskandar pada Rabu.

Baginda mengakui terdapat risiko yang perlu dihadapi dengan strategi ini yang akan adanya tekanan antara matlamat sebenar pendidikan awam dengan keuntungan yang menjadi matlamat utama oleh sektor swasta.

“Pada ketika ini perlu untuk kita membawa sedikit risiko dan semangat keusahawanan dalam menghadapi tugasan mencabar bagi melaksanakan pembaharuan dalam pendidikan,” titah Sultan Dr Nazrin.

Titahnya lagi dalam usaha membentuk ekosistem pendidikan yang dinamik dan inklusif ia memerlukan pertukaran polisi berkaitan termasuk inovasi.

Usaha merangka polisi yang lebih komprehensif sedang dilakukan bagi mengendalikan isu-isu yang penting selaras dalam konteks Malaysia Higher Education (MyHE) 4.

“Dalam era Internet dan Google, penyebaran informasi bukan lagi merupakan matlamat sebenar dalam pendidikan. Sebaliknya, pelajar perlu mengembangkan kemampuan untuk belajar dan mempersoalkan dan mengkritik sumber informasi yang sedia ada.

“Mereka perlu membuat kesimpulan sendiri daripadanya, bukan sekadar mengulangi kebijaksanaan yang diterima atau pandangan yang pernah dikemukakan.

“Hanya melalui persoalan yang dikemukakan, kita dapat merangka penyelesaian kepada pelbagai cabaran yang kita hadapi,” titah Sultan Dr Nazrin.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top