06/12/2017 — PAU2017 : Tiada Pertandingan Jawatan Presiden, Timbalan:- Khairy Jamaluddin Reviewed by Perak BN on . Pergerakan Pemuda UMNO sebulat suara akan menyokong pucuk kepimpinan utama negara sedia ada untuk terus menerajui pentadbiran. Justeru Ketua Pemudanya, Khairy J Pergerakan Pemuda UMNO sebulat suara akan menyokong pucuk kepimpinan utama negara sedia ada untuk terus menerajui pentadbiran. Justeru Ketua Pemudanya, Khairy J Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 06/12/2017 — PAU2017 : Tiada Pertandingan Jawatan Presiden, Timbalan:- Khairy Jamaluddin

06/12/2017 — PAU2017 : Tiada Pertandingan Jawatan Presiden, Timbalan:- Khairy Jamaluddin

perakbn PAU2017 Tiada Pertandingan Jawatan PresidenPergerakan Pemuda UMNO sebulat suara akan menyokong pucuk kepimpinan utama negara sedia ada untuk terus menerajui pentadbiran.

Justeru Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar jawatan Presiden dan timbalan parti yang kini digalas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingan.

“Bila menang pilihan raya nanti inshaAllah, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak perlu dipertandingkan, dan kita beri sokongan sebulat hati kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk terus kemudi parti,” demikian katanya semasa ucapan dasar pada pagi tadi.

Cadangan itu antara intipati mesej yang disampaikan kepada Pemuda agar bersedia menghadapai ‘hari besar’ iaitu Pilihan Raya Umum (PRU).

Kata Khairy lagi, UMNO menawarkan diri sebagai parti masa depan termasuk barisan calon yang akan dibariskan nanti.

Ahli juga diingatkan supaya tidak memandang enteng cabaran yang dibawa parti serpihan yang keluar daripada UMNO.

“Jadi kita perlu ada solidariti kepada parti. Jangan langsung ada rekahan apalagi keretakan dalam UMNO. Semakin banyak rekah dan retak kita, semakin banyak penyokong yang akan dicedok oleh mereka (pembangkang).

“ Maka sayangilah UMNO lebih dari kita sayang diri sendiri. Jangan sekali gadaikan solidariti kepada parti.

“Tak jadi calon pun tak apalah, asal parti kita menang. Jangan gadaikan maruah dan harga diri, jangan pentingkan agenda peribadi, sampai UMNO rebah tak mampu berdiri,” katanya yang turut menambah keutamaan perlu diberikan terhadap PRU dan bukan hanya pemilihan dalaman parti sahaja.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top