06/12/2017 — Kejutkan Anak Muda Daripada Nostalgia Dongeng:- Khairy Jamaluddin Reviewed by Perak BN on . Tiada salahnya untuk mengenang nostalgia namun, nostalgia yang dongeng dan diubah akan mengundang bahaya dan bencana, demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Ja Tiada salahnya untuk mengenang nostalgia namun, nostalgia yang dongeng dan diubah akan mengundang bahaya dan bencana, demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Ja Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 06/12/2017 — Kejutkan Anak Muda Daripada Nostalgia Dongeng:- Khairy Jamaluddin

06/12/2017 — Kejutkan Anak Muda Daripada Nostalgia Dongeng:- Khairy Jamaluddin

perakbn Kejutkan Anak Muda Daripada Nostalgia DongengTiada salahnya untuk mengenang nostalgia namun, nostalgia yang dongeng dan diubah akan mengundang bahaya dan bencana, demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Berucap sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, pergerakkan Pemuda hari ini, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak membiarkan diri hanyut dibuai nostalgia dongeng terutama yang dicipta oleh pihak pembangkang.

Isu membandingkan sumbangan pembangunan antara pemerintah kini dan dahulu perlu dilihat secara menyeluruh dan teliti.

“Kajilah dalam-dalam setiap nostalgia yang diimbau agar kita arif – adakah ia dongeng atau realiti.

“Kini Pakatan ada Tun M (Dr Mahathir Mohamad). Zaman beliau berkuasa, hebat-hebat belaka”. Ini yang saya maksudkan dengan nostalgia dongeng. Konon zaman beliau pembangunan untuk semua, bina KLCC, bina litar Sepang, bina KLIA.

“Saya bukan mengatakan bahawa segala yang berlaku di zaman beliau adalah tidak bagus. Maklumlah, 22 tahun itu (memerintah) suatu tempoh yang panjang.

“Cuma yang saya tidak boleh terima adalah dongeng yang dibawa dan yang diterima bulat-bulat oleh sesetengah daripada kita hari ini – bahawa di zaman beliau segala-galanya adalah sempurna dan indah belaka, tetapi sekarang ini keadaan begitu teruk sekali. Itu mitos yang tidak boleh saya terima,” kata hairy Jamaluddin.

Beliau mengingatkan Pemuda agar menjadi penyambung kepada sebuah perjuangan murni yang diasaskan oleh UMNO pada awalnya dan sesekali perjuangan itu tidak terganggu oleh unsur kebencian.

Katanya lagi, perjuangan UMNO dibina atas harapan sebenar demi mengangkat martabat bangsa, dan ia bukan dibina atas dasar benci dan dendam, semata-mata untuk meraih kuasa.

“Rakyat Malaysia kini berada di sebuah persimpangan dilema – kekal atau ubah. Satu pangkah yang bakal menentukan nasib mereka hari ini, dan masa depan anak dan cucu mereka nanti. Lebih daripada pilihan raya-pilihan raya yang lalu, membuat keputusan itu amat sukar kali ini kerana lanskap politik telah banyak berubah.

“Jadilah bangsa yang celik dan dewasa. Yang memandang dengan akal, mendengar dengan minda, menilai dengan bijaksana. Berdirilah bertunjangkan fakta, tidak melenting apabila dicocok, tidak longlai apabila digosok. Jadilah bangsa yang arif sejarah,” Khairy pada ucapan dasarnya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top