05/12/2017 — Sebar Maklumat Sahih Dan Fahami:- Senator Khairul Azwan Harun Reviewed by Perak BN on . Masyarakat perlu bertanggungjawab dalam menyampaikan atau menyebarkan apa jua maklumat. Dalam hal ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun menas Masyarakat perlu bertanggungjawab dalam menyampaikan atau menyebarkan apa jua maklumat. Dalam hal ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun menas Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 05/12/2017 — Sebar Maklumat Sahih Dan Fahami:- Senator Khairul Azwan Harun

05/12/2017 — Sebar Maklumat Sahih Dan Fahami:- Senator Khairul Azwan Harun

perakbn Sebar Maklumat Sahih Dan FahamiMasyarakat perlu bertanggungjawab dalam menyampaikan atau menyebarkan apa jua maklumat.

Dalam hal ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun menasihatkan mahasiswa untuk meneliti kesahihan sesuatu maklumat di samping memahami maklumat tersebut sebelum ia disebarkan di laman sosial.

“Sekarang zaman teknologi maklumat mudah disebarkan dan ada yang suka menyebarkan tanpa membuat semakan daripada pihak yang berkenaan.

“Kalau kita sebarkan dan kemudiannya orang bertanya maklumat lanjut agak memalukan sekiranya kita sendiri tidak memahaminya,” katanya semasa berucap pada majlis penutupan Sidang Kemuncak Pemerkasaan Generasi Baharu di ibu negara, pada Isnin.

Persidangan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 itu dihadiri kira-kira 500 mahasiswa dari pelbagai pusat pengajian tinggi dan ia dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairul Azwan juga mahu mahasiswa agar menilai pelbagai aspek terutama mengenai masa depan negara.

“Keputusan orang muda sangat penting terutamanya untuk memastikan negara berada di kedudukan lebih baik,” ucap beliau pada majlis anjuran Biro Pelajar Luar Negara, pergerakan Pemuda UMNO.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top