05/12/2017 — Persidangan Agung UMNO Membuka Tirai Malam ini Reviewed by Perak BN on . Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-71 yang membuka tirainya pada hari ini akan melangsungkan perasmian persidangan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri U Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-71 yang membuka tirainya pada hari ini akan melangsungkan perasmian persidangan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri U Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 05/12/2017 — Persidangan Agung UMNO Membuka Tirai Malam ini

05/12/2017 — Persidangan Agung UMNO Membuka Tirai Malam ini

perakbn Persidangan Agung UMNO Membuka Tirai Malam iniPerhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-71 yang membuka tirainya pada hari ini akan melangsungkan perasmian persidangan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada malam ini.

Majlis yang bakal disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pukul 8.00 malam bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), juga boleh boleh disaksikan menerusi secara langsung di laman Facebook www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Perasmian tersebut juga menandakan bermulanya Perhimpunan Agung pergerakan sayap parti yang seterusnya akan memulakan sesi perbahasan pada esok.

Perhimpunan Agung terakhir parti itu sebelum menjelangya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengumpulkan 5,739 anggota perwakilan UMNO yang akan berkampung di PWTC sehingga 9 Disember ini.

Difahamkan Presiden UMNO, Datuk Seri Diraj Mohd Najib Tun Abd Razak bakal berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada Khamis ini yang mana antara amanatnya sudah pasti berkaitan persediaan menghadapi PRU14.

“UMNO sebuah parti yang menjuarai rakyat, menyayangi negara ini, sedia berkorban hingga ke titisan darah terakhir untuk Malaysia, UMNO adalah kepunyaan rakyat dan anggotanya, bukan milik individu tertentu,” katanya dalam catatan blognya baru-baru ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top