05/12/2017 — Formula Calon Langsung , Potensi Pastikan BN Menang PRU14:- Datuk Seri Mah Siew Keong Reviewed by Perak BN on . Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong mengakui bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika mengguna Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong mengakui bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika mengguna Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 05/12/2017 — Formula Calon Langsung , Potensi Pastikan BN Menang PRU14:- Datuk Seri Mah Siew Keong

05/12/2017 — Formula Calon Langsung , Potensi Pastikan BN Menang PRU14:- Datuk Seri Mah Siew Keong

perakbn Formula Calon Langsung , Potensi Pastikan BN Menang PRU14Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong mengakui bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika menggunakan formula atau kaedah calon langsung.

Jelasnya, formula itu sewajarnya perlu dipersetujui oleh semua parti komponen kerana menerusinya ia dalam memperkuat demokrasi semasa parti.

“Potensi calon langsung BN mestilah bukan sahaja membuktikan kebolehan mereka tetapi juga harus berintegriti yang akan tetap setia kepada BN jika calon langsung BN memegang keseimbangan kuasa.

“BN perlu menguruskannya dengan teliti untuk mengelakkan kekecewaan daripada ahli akar umbi dan potensi sabotaj dalam PRU-14,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan BN akan menggunakan kaedah ‘calon langsung’ bagi menyelesaikan perebutan kerusi antara parti komponen pada pilihan raya akan datang.

Formula itu juga kemungkinan dilaksanakan di beberapa kerusi calon sekiranya ada keperluan.

Dalam menyambut baik cadangan itu, Datuk Seri Siew Keong berharap formula tersebut tidak akan menjejaskan konsep perkongisan kuasa dalam BN disamping memastikan risiko menyalahgunakan pendekatan baharu itu nanti.

“BN mesti terus mempertahankan konsep perkongsian kuasa dan memastikan bahawa formula baharu itu tidak boleh disalahgunakan untuk menggulingkan semangat pembentukan BN,” katanya.

Tambah beliau, kesepakatan serta kerjasama daripada semua parti komponen diperlukan sebelum memasuki calon bukan tradisional.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top