04/12/2017 — MBI Juara Kejohanan Liga Hoki TNB Perak 2017 Reviewed by Perak BN on . Pasukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya menjuarai Kejohanan Liga Perdana Hoki TNB Perak 2017 apabila menewaskan pasukan Politeknik Ungku Omar dengan jaringa Pasukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya menjuarai Kejohanan Liga Perdana Hoki TNB Perak 2017 apabila menewaskan pasukan Politeknik Ungku Omar dengan jaringa Rating: 0
You Are Here: Home » General » 04/12/2017 — MBI Juara Kejohanan Liga Hoki TNB Perak 2017

04/12/2017 — MBI Juara Kejohanan Liga Hoki TNB Perak 2017

perakbn MBI Juara Kejohanan Liga Hoki TNB Perak 2017Pasukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya menjuarai Kejohanan Liga Perdana Hoki TNB Perak 2017 apabila menewaskan pasukan Politeknik Ungku Omar dengan jaringan 9-1.

Kemenangan pasukan bimbingan Azahari Effendy Abd Rahim itu adalah kejuaraan buat kali pertama MBI untuk kejohanan tersebut.

“MBI muncul naib juara pada edisi tahun lalu. Pasukan MBI juga telah muncul naib juara pada Kejohanan 6 Sebelah Antarabangsa di Pengkalan Hulu dan Naib Juara pada Kejohanan Piala Universiti Sultan Azlan Shah pada tahun ini,” demikian menurut kenyataan MBI pada semalam.

Perlawanan akhir itu berlangsung semalam diadakan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Pasukan MBI membawa pulang wang tunai RM1,500, Piala Pusingan, Piala Iringan serta medal.

“Di peringkat separuh akhir yang berlangsung semalam (kelmarin), MBI telah menewaskan Pasukan Hoki Manjung dengan jaringan 4-1.

“Menurut Datuk Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh, pertandingan ini juga adalah antara sesi pemanas badan bagi menghadapi Kejohanan Liga Hoki Kebangsaan (Divisyen 1) TNB pada tahun 2018.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Hoki MBI,” katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top