03/12/2017 — Kerja Pembersihan Kaki Gunung Panjang Di Zon Penampan:- Penduduk The Dales Reviewed by Perak BN on . Aktiviti pembersihan di kaki Gunung Panjang meñimbulkan kebimbangan penduduk tempatan terutama penghuni kondominium The Dales, Panorama Tambun Perdana. Menurut Aktiviti pembersihan di kaki Gunung Panjang meñimbulkan kebimbangan penduduk tempatan terutama penghuni kondominium The Dales, Panorama Tambun Perdana. Menurut Rating: 0
You Are Here: Home » General » 03/12/2017 — Kerja Pembersihan Kaki Gunung Panjang Di Zon Penampan:- Penduduk The Dales

03/12/2017 — Kerja Pembersihan Kaki Gunung Panjang Di Zon Penampan:- Penduduk The Dales

perakbn Kerja Pembersihan Kaki Gunung Panjang Di Zon Penampan Penduduk The DalesAktiviti pembersihan di kaki Gunung Panjang meñimbulkan kebimbangan penduduk tempatan terutama penghuni kondominium The Dales, Panorama Tambun Perdana.

Menurut wakil penduduk, Wong Pek Yin, aktiviti yang dilakukan itu bukan di kawasan yang sepatutnya sebaliknya memasuki zon penampan yang mana ia dikhuatiri akan mengundang kejadian runtuhan batu, banjir serta tanda runtuh.

“Bila kami berhadapan dengan kontraktor, mereka kata bahawa mereka telah meminta izin dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri yang memiliki rizab perkuburan Islam di bukit, untuk membersihkan tanah.

“Namun, rizab perkuburan itu terletak jauh di atas bukit. Tempat yang mereka bersihkan itu adalah kawasan rekreasi Majlis Bandaraya Ipoh, “katanya.

Wong, 50 tahun menyuarakan rasa bimbang berhubung aktiviti pihak kontraktor itu yang berhampiran kira-kira 30 meter dengan kawasan perumahan mereka.

Sebelum ini pihaknya pernah membuat bantahan berhubung aktiviti di sekitar Gunung Panjang iaitu pada Februari, 2011.

Malah aduan dan bantahan itu turut diajukan kepada pengetahuan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir dan Majlis Bandaraya Ipoh.

“Kami juga menghantar salinan petisyen kepada MBI dan Majlis Agama Islam fan Istiadat Melayu Negeri Petisyen itu juga dihantar ke Sultan Perak pada 29 November.

“Kandungan petisyen adalah sama dengan petisyen sebelumnya yang kami sampaikan kepada pihak berkuasa pada tahun 2011.

“Kami menentang sebarang pembangunan dan kami merayu supaya rizab tanah perkuburan akan dipindahkan ke tempat lain dan kami mahu pihak berkuasa mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon penampan kekal,” kata Wong.

Beliau ditemui pada sesi sidang media yang dihadiri sama Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top