04/12/2017 — Kembalikan Roh Perjuangan UMNO :- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . UMNO perlu mengembalikan roh perjuangannya iaitu dengan mengukuhkan perancangan bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan maruah orang Melayu. Perkara itu UMNO perlu mengembalikan roh perjuangannya iaitu dengan mengukuhkan perancangan bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan maruah orang Melayu. Perkara itu Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 04/12/2017 — Kembalikan Roh Perjuangan UMNO :- DS Tajuddin Abdul Rahman

04/12/2017 — Kembalikan Roh Perjuangan UMNO :- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Kembalikan Roh Perjuangan UMNOUMNO perlu mengembalikan roh perjuangannya iaitu dengan mengukuhkan perancangan bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan maruah orang Melayu.

Perkara itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

“Pada masa ini ahli-ahli UMNO merasakan seolah-olah kita telah lesu akibat diserang pakatan pembangkang. Ada pihak melihat UMNO begitu defensif dan tidak ofensif dalam mempertahankan parti kita se­perti mana dikehendaki oleh Pre­siden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Untuk menghidupkan semula roh perjuangan parti, kita mesti membakar semangat di dalam tubuh UMNO, perjuangan untuk membela nasib orang Melayu dari segi ekonomi, pendidikan dan pembangunan serta sebagainya,” katanya.

Selaku pemimpin UMNO yang berpengalaman, Datuk Seri Tajuddin mahu usaha membela nasib orang Melayu terus menjadi agenda per­juangan parti.

Beliau juga mengakui bahawa rakyat terus memberi sokongan rakyat terhadap UMNO yang mana mereka yakin parti ini kekal releven untuk membela nasib.

“Soal kemiskinan dan kesihatan sudah tidak lagi menjadi masalah tetapi dari segi ekonomi, pe­nguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi moden ia harus dipertingkatkan supaya kita tidak ketinggalan berbanding kaum lain.

“Orang Melayu perlu terus di­bantu untuk terus bersungguh-sungguh dalam perkara ini kerana jika dibiarkan kita mungkin menjadi kaum yang tercorot sekali,” katanya menerusi wawancara khas bersama sebuah akhbar tempatan.

Selain ekonomi, bidang pendidikan dan pembangunan modal insan juga perlu diberi penekanan.

Justeru pada perhimpunan kali ini, Datuk Seri Tajuddin berharap ia dapat membincangkan dan membahaskan perkara yang juga dapat memastikan UMNO dan Barisan Nasional kukuh dan stabil pada dalam PRU-14.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top