04/12/2017 – - Banjir Semakin Pulih, Hanya Satu Pusat Pemindahan Dibuka:- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah Reviewed by Perak BN on . Setakat petang tadi, hanya satu pusat pemindahan banjir sahaja masih dibuka iaitu di daerah Mualim yang menempatkan 12 orang. Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Setakat petang tadi, hanya satu pusat pemindahan banjir sahaja masih dibuka iaitu di daerah Mualim yang menempatkan 12 orang. Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 04/12/2017 – - Banjir Semakin Pulih, Hanya Satu Pusat Pemindahan Dibuka:- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah

04/12/2017 – - Banjir Semakin Pulih, Hanya Satu Pusat Pemindahan Dibuka:- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah

perakbn Banjir Semakin Pulih, Hanya Satu Pusat Pemindahan Dibuka

Setakat petang tadi, hanya satu pusat pemindahan banjir sahaja masih dibuka iaitu di daerah Mualim yang menempatkan 12 orang.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah memaklumkan mangaa banjir itu terdiri daripada tiga keluarga yang terjejas akibat bencana banjir sejak 29 November lalu.

“Ketiga-tiga keluarga itu kini ditempatkan di pusat pemindahan Surau Nurul Hidayah, Kg Sungai Muda, dekat sini sejak petang semalam.

“Kesemua pusat pemindahan telah ditutup di daerah Manjung, Larut Matang dan Selama pada tengahari Ahad namun sebuah lagi pusat pemindahan dibuka pada sebelah petang,” katanya.

Pembukaan pusat pemindahan itu berikutan paras air yang naik susulan pertambahan taburan hujan di sekitar daerah terjejas.

Mereka yang masih berada di pusat pemindahan itu akan dibenarkan pulang sehingga keadaan dijamin selamat.

Keadaan banjir di Perak semakin pulih apabila 1,000 mangsa banjir di tiga daerah dibenarkan pulang.

Kesemua mereka terjejas akibat keadaan banjir pada 29 November lepas.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top