03/12/2017 – - #PULARA2017: Terus Martabatkan Bahasa Melayu Sebelum Jadi Bahasa Caca Merba:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Usaha memartabatkan Bahasa Melayu wajib diteruskan sebelum ia menjadi sebuah bahasa yang caca merba, gesa Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir. " Usaha memartabatkan Bahasa Melayu wajib diteruskan sebelum ia menjadi sebuah bahasa yang caca merba, gesa Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir. " Rating: 0
You Are Here: Home » General » 03/12/2017 – - #PULARA2017: Terus Martabatkan Bahasa Melayu Sebelum Jadi Bahasa Caca Merba:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

03/12/2017 – - #PULARA2017: Terus Martabatkan Bahasa Melayu Sebelum Jadi Bahasa Caca Merba:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn #PULARA2017 Terus Martabatkan Bahasa Melayu Sebelum Jadi Bahasa Caca MerbaUsaha memartabatkan Bahasa Melayu wajib diteruskan sebelum ia menjadi sebuah bahasa yang caca merba, gesa Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

“Kita harus tentang gerombolan tukang sulap yang selalu ingin memanipulasikan bahasa dan budaya bangsa dan hanyut dalam dorga komersilme. Mereka juga kurang faham tentang jati diri dan identiti bangsa. Biarkanlah mereka terjun dengan labu-labunya,”katanya semasa berucap pada majlis penutupan PULARA 2017, di Lumut, pada Sabtu.

Bahasa menjadi elemen penting dalam menyimpulkan tentang bangsa.

Bahasa berperanan memperjelaskan tasawur, gedung yang menyimpan segala khazanah tentang kepandaian, keilmuan, seni, sastera dan budaya sesebuah bangsa.

“Di situ ada tersimpan kepakaran, adi karya maritim orang Melayu. Masakan mereka tidak mahir tentang thermodynamic dan fizik ketika membina kapal-kapal agam yang membelah laut dan samudera,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Beliau yang melihat bahasa Melayu kini masih ditakuk lama memerlukan pendekatan yang lebih komprehensif dan tegas agar ia menjadi alat pengantara mencakupi fasa perhubungan badan awam dan swasta.

“Menyedari hakikat ini, PULARA menganjurkan persidangan ‘Bahasa dan Persuratan Melayu merentasi zaman’ yang telah dimulakan sejak tiga tahun lalu. Bagi edisi kali ini, banyak idea bernas terserlah lewat 10 makalah yang telah dibentangkan sepanjanh persidangan,” katanya lagi.

PULARA 2017 yang bermula Khamis lalu sehingga Ahad ini merupakan anjuran kerajaan negeri menerusi Tourism Perak dengan kerjasama Yayasan Kampung Karyawan Malim dan ia menghimpunkan 200 peserta dari 14 negara.

Usaha memartabatkan Bahasa Melayu wajib diteruskan sebelum ia menjadi sebuah bahasa yang caca merba, gesa Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

“Kita harus tentang gerombolan tukang sulap yang selalu ingin memanipulasikan bahasa dan budaya bangsa dan hanyut dalam dorga komersilme. Mereka juga kurang faham tentang jati diri dan identiti bangsa. Biarkanlah mereka terjun dengan labu-labunya,”katanya semasa berucap pada majlis penutupan PULARA 2017, di Lumut, pada Sabtu.

Bahasa menjadi elemen penting dalam menyimpulkan tentang bangsa.

Bahasa berperanan memperjelaskan tasawur, gedung yang menyimpan segala khazanah tentang kepandaian, keilmuan, seni, sastera dan budaya sesebuah bangsa.

“Di situ ada tersimpan kepakaran, adi karya maritim orang Melayu. Masakan mereka tidak mahir tentang thermodynamic dan fizik ketika membina kapal-kapal agam yang membelah laut dan samudera,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Beliau yang melihat bahasa Melayu kini masih ditakuk lama memerlukan pendekatan yang lebih komprehensif dan tegas agar ia menjadi alat pengantara mencakupi fasa perhubungan badan awam dan swasta.

“Menyedari hakikat ini, PULARA menganjurkan persidangan ‘Bahasa dan Persuratan Melayu merentasi zaman’ yang telah dimulakan sejak tiga tahun lalu. Bagi edisi kali ini, banyak idea bernas terserlah lewat 10 makalah yang telah dibentangkan sepanjanh persidangan,” katanya lagi.

PULARA 2017 yang bermula Khamis lalu sehingga Ahad ini merupakan anjuran kerajaan negeri menerusi Tourism Perak dengan kerjasama Yayasan Kampung Karyawan Malim dan ia menghimpunkan 200 peserta dari 14 negara.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top