03/12/2017 — Keseragaman Manual Pelesenan Perniagaan PBT Mudahkan Peniaga Peroleh Lesen:- Datuk Rusnah Kassim Reviewed by Perak BN on . Menerusi inisiatif menyeragamkan permohonan lesen perniagaan melalui Manual Pelesenan Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia bakal memudahkan urusan para Menerusi inisiatif menyeragamkan permohonan lesen perniagaan melalui Manual Pelesenan Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia bakal memudahkan urusan para Rating: 0
You Are Here: Home » General » 03/12/2017 — Keseragaman Manual Pelesenan Perniagaan PBT Mudahkan Peniaga Peroleh Lesen:- Datuk Rusnah Kassim

03/12/2017 — Keseragaman Manual Pelesenan Perniagaan PBT Mudahkan Peniaga Peroleh Lesen:- Datuk Rusnah Kassim

perakbn Keseragaman Manual Pelesenan Perniagaan PBT Mudahkan Peniaga Peroleh LesenMenerusi inisiatif menyeragamkan permohonan lesen perniagaan melalui Manual Pelesenan Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia bakal memudahkan urusan para peniaga.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim berkata, usaha itu bersesuaian dengan keperluan semasa dan ia diharap tidak lagi menimbulkan kekeliruan oleh pihak pemohon.

“Program ini secara keseluruhannya adalah mengenai penyeragaman panduan macam mana nak mohon lesen.

“Sebelum ini pihak PBT, memiliki cara dan kaedah tersendiri. Sekarang dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kita seragamkan dan ini memudahkan lagi peniaga mohon lesen masing-masing,” katanya.

Tambah Datuk Rusnah lagi, para peniaga ini juga akan menjadi pihak yang akan menguar-uarkan tentang penyeragaman tersebut.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Manual Pelesenan Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak Darul Ridzuan, di Ipoh, baru-baru ini.

Datuk Rusnah berkata manual dan panduan itu akan digunakan kesemua 15 PBT di seluruh negeri.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top