02/12/2017 — #PULARA2017 Potensi Pangkor Menjadi Pulau Buku:- Prof. Dr Siti Zainon Ismail Reviewed by Perak BN on . Sumbangan karya dari semua sasterawan yang terlibat dengan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (PULARA) mampu menjadikan Pulau Pangkor sebagai p Sumbangan karya dari semua sasterawan yang terlibat dengan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (PULARA) mampu menjadikan Pulau Pangkor sebagai p Rating: 0
You Are Here: Home » General » 02/12/2017 — #PULARA2017 Potensi Pangkor Menjadi Pulau Buku:- Prof. Dr Siti Zainon Ismail

02/12/2017 — #PULARA2017 Potensi Pangkor Menjadi Pulau Buku:- Prof. Dr Siti Zainon Ismail

perakbn #PULARA2017 Potensi Pangkor Menjadi Pulau BukuSumbangan karya dari semua sasterawan yang terlibat dengan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (PULARA) mampu menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau buku.

Cadangan itu disuarakan pengkaji seni budaya dan warisan Melayu, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail dengan berkata semua hasil sekurang-kurangnya dua naskah karya para sasterawan itu adalah dihadiahkan kepada pulau tersebut.

“Sudah sampai masanya, kita di sini (PULARA) mewajibkan setiap peserta menghadiahkan sekurangnya dua naskah buku masing-masing supaya ada jejak yang ditinggalkan.

“Tak kan datang sini (Pulau Pangkor) sekadar lihat laut, pantai dan buat puisi. Tapi lebih elok jika ada pusat ilmu yang dibina untuk kegunaan generasi akan datang,” katanya.

Jelas Prof. Dr Siti Zainon lagi, dengan adanya pulau buku ini, ia bukan sahaja dapat menggalakan para karya mengulangi kunjungannya tetapi ia secara tidak langsung mampu mendekatkan masyarakat tempatan dengan para pemikir sasatera dan penggiat seni ini.

“Pengkarya terlibat pula boleh datang lagi ke sini bagi hidupkan acara sebab buku anda ada di sini.

“Biar anak pulau ini sendiri tahu siapa sasterawan sebab ini budaya kita. Orang barat sebut Shakespeare semua orang tahu sedangkan Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang kadang-kadang mereka tak kenal. Inilah peranan yang perlu dimainkan PULARA melalui pulau buku ini,”katanya.

Prof. Dr Siti Zainon berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Bahasa dan Persuratan Melayu Merentasi Zaman, PULARA di Pulau Pangkor pada semalam.

Dalam hal lain, beliau meminta Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) memainkan peranan bagi mengajar rakyat berbahasa dengan betul dan seterusnya mengelakkan penggunaan bahasa pasar.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top