02/12/2017 — Elak Pecah Belah, Usul Jawatan Presiden, Timbalan Tidak Dipertandingkan:- DS Mohamad Nazri Aziz Reviewed by Perak BN on . UMNO Bahagian Padang Rengas mengusulkan dua jawatan tertinggi parti agar tidak dipertandingkan iaitu Presiden dan Timbalan Presiden. Dalam hal ini, Datuk Seri M UMNO Bahagian Padang Rengas mengusulkan dua jawatan tertinggi parti agar tidak dipertandingkan iaitu Presiden dan Timbalan Presiden. Dalam hal ini, Datuk Seri M Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 02/12/2017 — Elak Pecah Belah, Usul Jawatan Presiden, Timbalan Tidak Dipertandingkan:- DS Mohamad Nazri Aziz

02/12/2017 — Elak Pecah Belah, Usul Jawatan Presiden, Timbalan Tidak Dipertandingkan:- DS Mohamad Nazri Aziz

UMNO Bahagian Padang Rengas mengusulkan dua jawatan tertinggi parti agar tidak dipertandingkan iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

perakbn Elak Pecah Belah, Usul Jawatan Presiden Timbalan Tidak DipertandingkanDalam hal ini, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang mengetuai bahagian itu menjelaskan alasan usul itu dibuat kerana ia mampu mengelak perpecahan antara ahli serta seterusnya membolehkan semua ahli terus memberi fokus kepada pilihan raya umum.

“Saya bimbang de­ngan cara kita memilih Presiden dan Timbalan Presiden kerana kita terlalu terbuka sangat, sesiapa sahaja boleh daftar, tidak payah penyokong atau pencadang asakan orang itu ahli UMNO, dia daftar dan dia boleh lawan.

“Bayangkan tahun depan ada pemilihan, maka ada seorang bertanding lawan Pre­siden kita tak kenal pun dan dia dapat undi daripada Bahagian,” ujar beliau.

Tambahnya, jika keadaan itu berlaku ia akan menjejaskan imej Presiden.

Datuk Seri Mohamad Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata demikian pada wawancara dengan sebuah akhbar tempatan sempena Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut usul itu, beliau yakin ia mewakili suara ahli peringkat akar umbi dan sewajarnya ia bukan alasan pembangkang untuk menyerang tindakan UMNO jika ia dipersetujui.

“Saya langsung tidak peduli apa pembangkang atau orang luar parti cakap. Keduanya, kalau kita lihat pemilihan dalam DAP, mereka juga tidak pilih Setiausaha Agung, mereka pilih 20 orang dan yang menang ini akan agih-agih­kan jawatan sesama sendiri.

“Saya bawa usul ini saya dapat mandat daripada bawah,” katanya lagi.

Sebelum ini UMNO pernah berdepan dengan situasi yang mana ketika mahu menghadapi pilihan raya, jawatan Timbalan Presiden belum diisi.

“Maka apabila kita berdepan de­ngan pilihan raya terlebih dahulu kita telah membawa usul supaya dua jawatan ini tidak dipertan­dingkan untuk tidak berpecah ketika menghadapi pilihan raya,” kata Datuk Seri Mohamad Nazri.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top