23/11/2017 — Tampil Berikan Bukti, MBInc Bayar Kepada BrandLaureatte:- Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid Reviewed by Perak BN on . Pihak Kerajaan Negeri menggesa pembangkang mengemukakan bukti berhubung dakwaaannya bagi soal kononnya Perbadanan Menteri Besar (MBInc) Perak membayar kepada Th Pihak Kerajaan Negeri menggesa pembangkang mengemukakan bukti berhubung dakwaaannya bagi soal kononnya Perbadanan Menteri Besar (MBInc) Perak membayar kepada Th Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 23/11/2017 — Tampil Berikan Bukti, MBInc Bayar Kepada BrandLaureatte:- Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid

23/11/2017 — Tampil Berikan Bukti, MBInc Bayar Kepada BrandLaureatte:- Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid

perakbn Tampil Berikan Bukti, MBInc Bayar Kepada BrandLaureatte

Pihak Kerajaan Negeri menggesa pembangkang mengemukakan bukti berhubung dakwaaannya bagi soal kononnya Perbadanan Menteri Besar (MBInc) Perak membayar kepada The BrandLaureatte.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid apabila pembangkang mengulangi dan membangkitkan isu itu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada semalam.

“Kenyataan itu dikeluarkan dalam dewan jadi kita minta supaya ia diberikan bukti, mana buktinya?.

“Kita nak tengok dokumen itu, lagipun memang kita (MB Inc), jika ada dokumen saya boleh katakan ia palsu sebab kita tidak bayar, kita akan ambil tindakan, buat laporan polis… Jadi mana resit pembayaran, invois pembayaran dia?” gesa beliau semasa sesi sidang media pada Rabu.

Pada sesi perbahasan, ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah mengemukakan beberapa isu mengenai MB Inc termasuk satu projek mega iaitu Bandar Tasik Amanjaya (BTA) yang didakwa masih tergendala.

Dalam hal ini, Datuk Mohamad Zahir menjelaskan bahawa projek tersebut masih diteruskan namun, pada masa ini tertakluk kepada isu setinggan yang dibawa ke peringkat perundangan.

“Ada pihak-pihak berkepentingan bila tahu kita nak lancarkan perumahan mampu milik, dan projek lain-lain yang pembangunan Perak Tengah terutama di kawasan Seri Iskandar, BTA boleh jadi nukleus pemangkin pembangunan ekonomi di sepanjang koridor Ipoh- Lumut.

“Jadi ada pihak berkepentingan hasut penduduk setinggan menyebabkan proses mahkamah dan undang-undang belum selesai,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Datuk Mohamad Zahir turut menjelaskan bahawa MB Inc sebagai entiti berkaitan kerajaan adalah sebuah syarikat yang juga sememangnya tertakluk kepada undang-undang terutama mengenai laporan kewangan.

“Kita entiti kerajaan jadi perlu mengikut lunas undang-undang apa yang dibuat namun pihak pembangkang terus meminta akaun MB Inc dibentangkan pada sesi dewan namun tidak ada keperluan dari segi undang-undang bagi MB Inc bentangkan akaunnya dalam dewan.

“MB Inc bukannya tidak ada sistem, tetap ada undang-undang syarikat dan akaun sememangnya wujud namun tidak dibentangkan kita faham pembangkang tidak ada isu dan terdesak cari apa sahaja isu untuk boleh dibawa ke dewan,” katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top