22/11/2017 — Tiada Istilah ‘Pembohongan’ Semasa Bentangkan Bajet:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Setiap perkara yang dibentangkan terutama berkaitan bajet, tiada mana-mana pihak Kerajaan yang akan menghujahkan sesuatu yang tidak benar. Dalam hal ini, Menter Setiap perkara yang dibentangkan terutama berkaitan bajet, tiada mana-mana pihak Kerajaan yang akan menghujahkan sesuatu yang tidak benar. Dalam hal ini, Menter Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 22/11/2017 — Tiada Istilah ‘Pembohongan’ Semasa Bentangkan Bajet:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

22/11/2017 — Tiada Istilah ‘Pembohongan’ Semasa Bentangkan Bajet:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Tiada Istilah ‘Pembohongan’ Semasa Bentangkan Bajet

Setiap perkara yang dibentangkan terutama berkaitan bajet, tiada mana-mana pihak Kerajaan yang akan menghujahkan sesuatu yang tidak benar.

Dalam hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan bahawa segala fakta dan statistik yang disampaikannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan Jabatan Statistik dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

“Ini soal integriti, mana ada pihak baik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pembangkang sendiri atau kerajaan mana sekali pun membentangkan sesutau yang tidak benar, tetapi gambaran yang diberikan mereka (pembangkang di Perak) adalah mengatakan saya membentangkan (bajet) sesuatu yang tidak benar,” katanya semasa ditemui pada sesi sidang media hari kedua sidang DUN pada Rabu.

Semasa sesi perbahasan, tiga individu yang sering kali menghangatkan suasana dalam sidang DUN iaitu ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP), ADUN Kepayang, Nga Kor Ming (DAP) dan ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (AMANAH) melontarkan dakwaan yang tidak masuk akal.

Malah tindakan mereka ini dianggap sebagai tidak bertanggungjawab, malah jauh sekali berhujah dengan pandangan yang konstruktif (membina).

“Saya tidak jangkakan kenyataan positif daripada mereka bagi setiap pembentangan bajet yang dibaca setiap tahun. Sebaik mana pembentangan bajet dibacakan mereka akan kata sebaliknya.

“Kalau mereka kata bajet itu baik, itu akan menjadikan mereka akan tergugat dengan pendirian (menentang Kerajaan) yang mereka buat.

“Bagaimanapuna, saya ingin melihat perbahasaan, pandangan balas yang konstruktif jika ada perspektif-perspektir yang nak disampaikan, ia perlu berdasarkan kepada fakta dan analisa yang baik, mungkin ada pembentangan yang mereka rasakan begini atau begitu.

“Bukan mengeluarkan kenyataan bebentuk pembohongan, manipulasi dan juga kekeliruan yang hanya membaca tetapi tidak beri fakta sebenarnya,” tegas Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang merupakan ADUN Pangkor.

Antara yang didakwa tiga pemimpin utama pembangkang itu ialah soal bajet defisit yang dibentang setiap tahun , kemerosotan rezab negeri dan tiada pertambahan hasil.

“Saya faham tujuan mereka mudah, untuk tunjukkan bajet ini tidak baik.

“Saya tidak boleh buat penipuan dengan rakyat apabila membentangkan bajet seperti ini. Saya harap perkara ini dapat diperjelaskan kepada rakyat.

“Saya tekankan bahawa nilai yang ada di Perak tidak merossot, ini berdasarkan laporan ekonomi yang dikelaurkan secara rasmi,” jelas beliau lagi.

Sejak tahun 2009 penyata kewangan negeri yang telah diaudit menunjukkan lebihan seperti berikut 2009 (RM9.55 juta)2010 (RM30.39 juta) 2011 (RM25.72 juta)2012 (RM18.49 juta) 2013(RM13.13 juta)2014 (RM7.73 juta) 2015 (RM7.59 juta) dan tahun 2016 sebanyak RM4.42 juta.

Bagi rezab negeri ia mencatatkan kenaikan sejak 2010 yang mana pada tahun itu rezab dan tunai negeri adalah RM726 juta dan meningkat kepada RM781 juta pada tahun 2011.

Pada tahun 2012 rezab negeri adalah sebanyak RM808 juta dan terus meningkat kepada RM841 juta pada tahun 2013 dan pada tahun 2014 dan pada tahun 2015 adalah pada RM952 juta.

Berdasakan kepada laporan sehingga 20 November 2017, nilai rezab tahun ini ialah RM1.1 bilion.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top