22/11/2017 — Bajet 2018 Perak Mesra Rakyat:- Radzi Zainon Reviewed by Perak BN on . PAS negeri Perak berpandangan bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadri adalah mesra rakyat serta mesra Pili PAS negeri Perak berpandangan bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadri adalah mesra rakyat serta mesra Pili Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 22/11/2017 — Bajet 2018 Perak Mesra Rakyat:- Radzi Zainon

22/11/2017 — Bajet 2018 Perak Mesra Rakyat:- Radzi Zainon

perakbn Bajet 2018 Perak Mesra Rakyat

PAS negeri Perak berpandangan bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadri adalah mesra rakyat serta mesra Pilihan Rayan Umum (PRU).

Mengulas lanjut, Timbalan Pesuruhanjaya III PAS Perak, Radzi Zainon berkata dalam keseluruhan jumlahn bajet yang dibentangkan RM1.17 bilion, ia dilihat sebagai usaha memantapkan pelaksanaan dan misi bajet Kerajaan Persekutuan.

“Kita menganggap bajet yang dibentangkan adalah mesra rakyat dan mesra pilihan raya.

“Banyak pemberian-pemberian seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan terus kepada rakyat di dalam semua kategori. Perak sekali lagi menambah peruntukan yang mungkin diberikan oleh Kerajaan Pusat dan Perak menyambut cabaran dan saranan itu daripada Perdana Menteri dengan menambah mana-mana yang tidak cukup kepada mereka (rakyat) seperti golongan imam dan bilal,” katanya semasa ditemui pada sesi sidang media hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Ipoh, hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2018, Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak RM2,000 kepada kakitangan awam negeri.

Jumlah insentif yang sama diberikan kepada guru i’dadi, guru thanawi, guru tadika Islam, guru sandaran tidak terlatih dan guru sambilan harian.

Pada masa yang sama semua guru Kafa, guru takmir, imam, bilal, siak, ketua kampung dan tok batin yang akan menerima insentif tambahan RM500 daripada negeri yang mana di Kerajaan Persekutuan juga memberikan insentif yang sama bernilai RM1,500.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top