22/11/2017 — Apabila Peguam Mahu Menjadi Ahli Ekonomi:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pembangkang dinasihatkan untuk meneliti semula analisis terhadap Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) memandang kajiannya kelihatan Pembangkang dinasihatkan untuk meneliti semula analisis terhadap Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) memandang kajiannya kelihatan Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 22/11/2017 — Apabila Peguam Mahu Menjadi Ahli Ekonomi:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

22/11/2017 — Apabila Peguam Mahu Menjadi Ahli Ekonomi:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Apabila Peguam Mahu Menjadi Ahli Ekonomi

Pembangkang dinasihatkan untuk meneliti semula analisis terhadap Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) memandang kajiannya kelihatan seperti dilakukan oleh mereka yang kurang berpengetahuan.

Dalam hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menegur hujahan yang dibuat ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berhubungan berbandingan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri dengan nilai mata wang.

“Hari ini kita mendengar ADUN Sitiawan buat analisis tentang KDNK dan hubungannya dengan nilai mata wang (mengukur prestasi ekonomi negeri). Saya bukan nak perkecilkan beliau, mungkin beliau seorang peguam memang baik tetapi bila buat analisis ekonomi, kurang baik lah (sambil tersenyum).

“Penilaian terhadap KDNK dengan penilaian mata wang adalah dua perkara yang berbeza.

“Saya tidaklah mahu ketawakannya tetapi saya harap mereke (pembangkang) betulkan analisis mereka itu supaya mereka tidak terus membohongi rakyat,” katanya semasa ditemui pada sidang media sempena hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Sementara itu Datuk Seri Diraja Dr Zambry turut menjawab kenyataan ADUN Kepayang, Nga Kor Ming yang mempertikaikan pembentangan bajet defisit.

“Pembentangan (bajet) kita selama ini adalah defisit, tetapi apabila kita tutup akaun pada akhir tahun berkenaan iaitu selepas kita kira perbelajaan dan hasil, selama ini (tujuh tahun sejak 2009) kita dapat lebihan.

“Saya tidak tahu Kepayang (Nga) buat kaedah kononnya tahun 2017, defisit…untuk akaun 2017 akaun tidak ditutup lagi. Mudah, itu sahaja sebab itu kita tidak boleh buat berapa nilai, defisit, surplus (lebihan)…apabila akaun sudah ditutup barulah kita tahu (desifit atau lebihan).

“Tetapi apa yang dihujahkan beliau semalam (Selasa) seolah-olah sya beri kenyataan mengelirukan, dan memberi gambaran tidak benar (tentang ekonomi negeri),” jelas beliau.

Menerusi laporan rasmi penyata tahunan kewangan negeri, Perak berjaya mengekalkan trend lebihan hasil pendapatan iaitu daripada RM700 juta pada tahun 2010 kepada RM1.011 juta tahun 2016.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top