21/11/2017 — Naikkan Cukai, Bukan Pendekatan Digunaka Bagi Capai Lebihan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Perak akan mencari pendekatan kreatif dalam usaha mencapai lebihan hasil kerajaan negeri yang mana ia tidak semata-mata fokus kepada kenaikan cukai, kata Menter Perak akan mencari pendekatan kreatif dalam usaha mencapai lebihan hasil kerajaan negeri yang mana ia tidak semata-mata fokus kepada kenaikan cukai, kata Menter Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 21/11/2017 — Naikkan Cukai, Bukan Pendekatan Digunaka Bagi Capai Lebihan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

21/11/2017 — Naikkan Cukai, Bukan Pendekatan Digunaka Bagi Capai Lebihan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Naikkan Cukai, Bukan Pendekatan Digunaka Bagi Capai LebihanPerak akan mencari pendekatan kreatif dalam usaha mencapai lebihan hasil kerajaan negeri yang mana ia tidak semata-mata fokus kepada kenaikan cukai, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Jelasnya, usaha mengenal pasti sumber-sumber lain sentiasa dikenal pasti dan ini termasuk sumber yang berpotensi adalah seperti sumber mineral termasuk air.

“Alhamdulillah, selama tujuh tahun berturut-turut pembentangan bajet dibuat ia berakhir dengan lebihan walaupun jangkaan daripada sumber negeri defisit tetapi akhirnya ada lebihan.

“Ada sesetengah pihak (negeri) yang naikkan kadar cukai (untuk capai lebihan) tetapi kita tidak gunakan kaedah itu, kita cuba cari kaedah ang lebih kreatif untuk kita tambah pendapatan Kerajaan Negeri,” katanya semasa sesi sidang media di pejabatnya di Ipoh, pada Selasa.

Semasa membentangkan Bajet 2018, unjuran awal mencatatkan defisit dengan RM1.082 bilion berbanding jumlah peruntukan yang dibentangkan sebanyak RM1.17 bilion.

Dalam hal ini, Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengakui ia pastikan menjadi isu yang disensasikan oleh pembangkang, namun beliau terus positif dengan menyakini bahawa kerajaan negeri mempunyai daya inisiatif untuk mencapai lebihan.

“Pandangan sinis daripada pihak pembangkang pastinya tidak akan mengatakan bajet ini adalah baik.

“Saya tidak kisah semua itu kerana apa yang dilakukan adalah untuk rakyat negeri Perak dan kita akan terus lakukan semua perancangan termasuk pembasmian kemiskinan yang tetap diteruskan,” ujar beliau.

Sementara itu, menerusi laman sosial Twitter ADUN Kepayang, Nga Kor Ming, beliau memuat naik kenyataan yang memperlekehkan pengisian bajet yang dibentangkan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top