21/11/2017 — Cuma Belajar Memahami Kaum Lain:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan semua barisan pemimpin untuk belajar memahami sensitiviti kaum lain. Ini penting bagi memastik Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan semua barisan pemimpin untuk belajar memahami sensitiviti kaum lain. Ini penting bagi memastik Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 21/11/2017 — Cuma Belajar Memahami Kaum Lain:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

21/11/2017 — Cuma Belajar Memahami Kaum Lain:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Cuma Belajar Memahami Kaum Lain

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan semua barisan pemimpin untuk belajar memahami sensitiviti kaum lain.

Ini penting bagi memastikan keharmonian dan kesepaduan dalam masyarakat terus stabil dan terjamin.

“Saya ingatkan kepada semua supaya kita ambil maklum hal-hal bekaitan; jaga keharmonian di negeri Perak. Kita ada pelbagai kaum, setiap kita tutur dan kata kita perlu jaga, jaga sensitiviti.

“Saya masih belajar dan terus belajar untuk memahami kaum-kaum lain, ada benda yang mereka (kaum lain) tidak suka, tidak boleh membuat kenyataan tertentu, jangan kita keluarkan.

“Kita yang bergelar pemimpin kalau keluarkan kenyataan tidak baik maka ia berikan suatu yang tidak baik kepada masyarakat,” ujar beliau pada sesi sidang media selepas membentangkan Bajet 2018 negeri Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi, sebagai Ahli Dewan supaya bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan kerana ia melibatkan amanah rakyat dan para pengundi.

Pemimpin seharusnya menjadi contoh yang baik agar ia mampu mewujudkan suasana yang baik dan seterusnya mengajak para pengikut terus berfikiran positif.

“Kita adalah ahli dewan dan kita bertanggunggjawab kepada rakyat dan pengundi. Kita perlu menjadi teladan yang baik.

“Kalau kita jadi Ahli dewan dan kita bergelar pemimpin ; mengeluarkan ayat-ayat tidak baik ia memberi kesan tidak baik kepada orang yang ikut kita,”kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top