20/11/2017 — Nga Cemarkan Imej Pemimpin Negeri Perak:- Mohd Adri Adha Mohamad Reviewed by Perak BN on . Satu laporan polis dibuat berhubung tindakan biadap ADUN Kepayang, Nga Kor Ming yang menghina Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir semasa bercer Satu laporan polis dibuat berhubung tindakan biadap ADUN Kepayang, Nga Kor Ming yang menghina Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir semasa bercer Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 20/11/2017 — Nga Cemarkan Imej Pemimpin Negeri Perak:- Mohd Adri Adha Mohamad

20/11/2017 — Nga Cemarkan Imej Pemimpin Negeri Perak:- Mohd Adri Adha Mohamad

perakbn Nga Cemarkan Imej Pemimpin Negeri Perak Mohd Adri Adha Mohamad

Satu laporan polis dibuat berhubung tindakan biadap ADUN Kepayang, Nga Kor Ming yang menghina Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir semasa berceramah di pentas politik pada 16 November lepas.

Dalam hal ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan, Parlimen Belia Malaysia Perak, Mohd Adri Adha Mohamad mendesak pihak polis agar mengenakan tindakan yang tegas terhadap perbuatan itu.

“Saya nak pihak polis mengambil tindakan tegas, kena ambil tindakan kepada Nga kerana tindakan dia biadap.

“Sebagai pemimpin dia tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut, ini akan merosakkan imej pemimpin dari negeri Perak,” ujar beliau.

Tambah beliau, tindakan Pengerusi DAP Perak yang melabelkan Menteri Besar sebagai ‘Melayu Pukimak’ tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi ia bersabitkan dengan penganugerahan yang diberikan oleh The BrandLaureate kepada Datuk Seri Diraja Dr Zambry sebagai ‘Nation-Building Brand Icon Leadership Award-Game Changer Icon’ pada baru-baru ini.

“Kita minta dan tuntut YB Nga minta maaf di sidang dewan esok, jika tidak, kita akan turun (sesi persidangan), sebab ini tindakan tidak bertanggungjawab, hina pemimpin kami, YAB Datuk Seri Dr Zambry,” tegas Mohd Adri Adha.

Beliau ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, tengah hari tadi.

Laporan tersebut mewakili tujuh badan politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Perak, Mohd Saffek Mohd Salleh yang hadir sama membuat laporan berharp agar tindakan tegas dibuat oleh pihak penguatkuasa.

“ Kami walaupun Jaringan Melayu Malayisa, kita tidak hina kaum lain, sebab kita nak kesapaduan di dalam negara kita . Takkan hendak raih undi kita kutuk bangsa lain, kita tidak mahu ini (perbuatan) jadi amalan oleh ahli politik di Malaysia.

“Harap tidak mahu lagi kes sebegini berlaku,” katanya kepada pemberita.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top