20/11/2017 — Hina Menteri Besar, Nga Sanggup Buat Demi Raih Undi:- Mohd Fauzi Mohaidin Reviewed by Perak BN on . Keghairahan DAP berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) makin jelas apabila Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sanggup membuat ceramah menghina demi mera Keghairahan DAP berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) makin jelas apabila Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sanggup membuat ceramah menghina demi mera Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 20/11/2017 — Hina Menteri Besar, Nga Sanggup Buat Demi Raih Undi:- Mohd Fauzi Mohaidin

20/11/2017 — Hina Menteri Besar, Nga Sanggup Buat Demi Raih Undi:- Mohd Fauzi Mohaidin

perakbn Hina Menteri Besar, Nga Sanggup Buat Demi Raih Undi Mohd Fauzi Mohaidin

Keghairahan DAP berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) makin jelas apabila Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sanggup membuat ceramah menghina demi meraih undian.

Ini terbukti menerusi ceramah politik ADUN Kepayang itu di Kampung Simee, Ipoh pada 16 November dengan mengisukan soal penganugerahan yang diterima Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir oleh The BrandLaureate.

Keadaannya ini mendesak badan bukan Kerajaan (NGO) dan badan politik membuat laporan polis agar tindakan tidak bertanggungjawab ini dibendung.

Menurut ahli jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Fauzi Mohaidin, jika tiada tindakan diambil, maka dikhuatiri akan menjadi ‘virus’ kepada pemikiran rakyat.

“Kami menganggap tindakan Ahli Parlimen Taiping merangkap ADUN Kepayang ini dilihat sebagai amat baiadap kerana mengelar Menteri Besar sebagai ‘Melayu Pukimak’ atas isu penganugerahan The Brandlaurent yang diterima Datuk Seri Dr Zambry pada baru-baru ini.

“Kami memohon pihak polis ambil tindakan tegas kerana kita khuatir jika budaya menghina pemimpin menjadi virus kepada rakyat,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sungai Senam,Ipoh pada Isnin.

Antara yang hadir membuat laporan polis itu ialah Pengerusi Malaysia Association Youth Club (MAYC) Perak, Muhammad Iqbal Dinzly Muhamad Saifuddin dan Koordinator BN Youth Volunteers, Al Yashir Yahaya.

“Tindakan YB Nga tidak boleh diterima, kita berpegang kepada rukun negara iaitu kesusilaan.

“MAYC ini bukan sahaja (NGO) Melayu tetapi mewakili semua kaum dan saya percaya semua kaum di Malaysia tidak boleh terima tindakan sebegini,” kata Al Yashir.

Sementara itu Muhammad Iqbal Dinzly yang mewakili para belia di negeri ini berharap supaya menerusi tindakan yang tegas, sikap dan perbuatan pemimpin yang suka-suka menghina ini dapat ditangani.

“Nga perlu beri satu teladan dan bukan hentam pemimpin kerajaan.

“Saya harap kita dapat ambil tindakan . Harapan kami supaya pihak polis buat tindakan dan siasatan,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top