17/11/2017 — Kenaikan BR1M Bergantung Pada Lebihan Harga Petroleum:- DS Johari Abdul Ghani Reviewed by Perak BN on . Kerajaan sedia mempertimbangkan hasrat rakyat untuk menaikkan jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) jika sekiranya berlaku lebihan daripada peningkatan harga Kerajaan sedia mempertimbangkan hasrat rakyat untuk menaikkan jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) jika sekiranya berlaku lebihan daripada peningkatan harga Rating: 0
You Are Here: Home » General » 17/11/2017 — Kenaikan BR1M Bergantung Pada Lebihan Harga Petroleum:- DS Johari Abdul Ghani

17/11/2017 — Kenaikan BR1M Bergantung Pada Lebihan Harga Petroleum:- DS Johari Abdul Ghani

perakbn Kenaikan BR1M Bergantung Pada Lebihan Harga PetroleumKerajaan sedia mempertimbangkan hasrat rakyat untuk menaikkan jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) jika sekiranya berlaku lebihan daripada peningkatan harga petroleum ketika ini.

Jelas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani walau bagaimanapun jumlah BR1M yang baharu tidak lagi ditetapkan kerana ia akan bergantung kepada harga minyak tersebut.

“Kita ambil maklum mengenai peningkatan harga minyak. Kalau daripada peningkatan ini kita dapat lebihan, mungkin boleh sumbangkan kepada golongan berpendapatan rendah terutama yang terima BR1M.

“Kemungkinan besar kita boleh tingkatkan BR1M dengan jumlah sedikit lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan pada sidang media di Parlimen pada kelmarin.

Mengenai pengurangan kadar subsidi negara pada Bajet 2018 iaitu daripada RM12.7 bilion kepada RM9.56 bilion Datuk Seri Johari menjelaskan ia bukan bermaksud berlakunya pemotongan bantuan kepada rakyat.

“Sebahagian subsidi itu telah dipindahkan daripada Kementerian Kewangan kepada kementerian-kementerian lain antaranya meliputi penstabilan harga minyak masak sebanyak RM720 juta yang dipindahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,” katanya.

Malah untuk pemansuhan beberapa tol seperti yang diumumkan, sebanyak RM448 juta iaitu bentuk pampasan telah dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya.

“Semua ini dulu diletakkan di bawah Kementerian Kewangan tetapi disebabkan bantuan ini sudah ‘tetap’, kita pindahkan kepada kementerian terlibat.

“Penurunan ini bukan kerana kita potong tetapi subsidi itu dipindah alih kepada kementerian terbabit,” kata Datuk Seri Johari lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top