17/11/2017 — Bajet 2018, Golongan Pesara Juga Diberikan Fokus:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Sempena dengan pembentangan Bajet 2018 Negeri Perak, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan bahawa sebuah penambahbaikan yang mungkin Sempena dengan pembentangan Bajet 2018 Negeri Perak, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan bahawa sebuah penambahbaikan yang mungkin Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 17/11/2017 — Bajet 2018, Golongan Pesara Juga Diberikan Fokus:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

17/11/2017 — Bajet 2018, Golongan Pesara Juga Diberikan Fokus:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Bajet 2018, Golongan Pesara Juga Diberikan Fokus

Sempena dengan pembentangan Bajet 2018 Negeri Perak, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan bahawa sebuah penambahbaikan yang mungkin berbentuk peruntukan kepada golongan pesara kerajaan akan diumumkan.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri memperkasakan para pesara yang telah menyumbang bakti dan khidmat sebagai goloangan pelaksana di negeri ini.

“Kita merupakan antara negeri yang mungkin satu-satunya negeri di mana kita (kerajaan negeri) memberi pengiktirafan kepada semua golongan pesara yang meliputi golongan daripada kategori pelaksana, atau dulu kita panggil kakitangan sokongan sehinggalah ke ketua-ketua jabatan.

“Saya juga akan mengumumkan sesuatu dalam bajet pada minggu hadapan yang mana ia akan menambahkan lagi dari segi pendekatan kepada golongan-golongan pesara,” ujar beliau.

Katanya kejayaan yang dicapai Kerajaan Negeri sehingga kini adalah hasil usaha semua kakitangan awam di setiap agensi dan jabatan.

Sesi pembentangan Bajet 2018 akan diadakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), penggal kelima pada Selasa depan.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2017 di Amanjaya Convention Centre Meru, Ipoh, semalam.

Pada majlis berkenaan, seramai 289 pesara yang tamat perkhidmatan dari Januari sehingga Jun 2017 hadir.

Mereka terdiri daripada pesara-pesara jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan, dan badan berkanun.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top