16/11/2017 — Turun Padang Bertemu Anggota Pembersihan Dihargai Reviewed by Perak BN on . Aktiviti turun padang secara mengejut oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man yang menemui anggota pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) disambut baik dan dih Aktiviti turun padang secara mengejut oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man yang menemui anggota pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) disambut baik dan dih Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 16/11/2017 — Turun Padang Bertemu Anggota Pembersihan Dihargai

16/11/2017 — Turun Padang Bertemu Anggota Pembersihan Dihargai

perakbn Turun Padang Bertemu Anggota Pembersihan DihargaiAktiviti turun padang secara mengejut oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man yang menemui anggota pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) disambut baik dan dihargai.

Menerusi satu kenyataan, MBI memberitahu lawatan tersebut diadakan di Medan Gopeng yang mana rata-rata pekerja terharu dan teruja dengan kehadiran itu.

“Datuk Bandar sendiri turun padang bertemu mereka untuk melihat keadaan anggota pembersihan menjalankan tugas rutin serta memberikan minuman kepada mereka.

“Ini kerana bagi Datuk Zamri, kejayaan yang menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia dan MBI sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) Terbaik di Malaysia adalah kerjasama berpasukan daripada keseluruhan warga MBI,” katanya.

Memetik kenyataan yang sama, dua anggota pembersihan iaitu Pathmawathy dan Manimegalai melahirkan rasa kagum dengan keshdian Datuk Zamri beramah mesra dengan pekerja bawahan.

“Mereka melahirkan rasa amat kagum dengan pendekatan yang dipraktikkan oleh Datuk Zamri dalam memastikan MBI memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga kota Ipoh dan amat berbangga memiliki pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan dan mendengar permasalahan mereka,” menurut MBI.

Tambahnya lagi, pendekatan turun padang seperti yang sentiasa menjadi amalan pihak pengurusan MBI akan dapat mengatasi permasalahan warga kota Ipoh dan seterusnya mengekalkan status Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih serta PBT terbaik di Malaysia dan dunia.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top