14/11/2017 — Permohonan Sukarelawan SUKMA 2018 Hingga 30 November Ini Reviewed by Perak BN on . Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 mencari sukarelawan bagi menjayakan sukan tersebut yang bakal berlangsung pada Jun tahun depan. Menerusi sosial media Fa Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 mencari sukarelawan bagi menjayakan sukan tersebut yang bakal berlangsung pada Jun tahun depan. Menerusi sosial media Fa Rating: 0
You Are Here: Home » General » 14/11/2017 — Permohonan Sukarelawan SUKMA 2018 Hingga 30 November Ini

14/11/2017 — Permohonan Sukarelawan SUKMA 2018 Hingga 30 November Ini

perakbn Permohonan Sukarelawan SUKMA 2018 Hingga 30 November IniSekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 mencari sukarelawan bagi menjayakan sukan tersebut yang bakal berlangsung pada Jun tahun depan.

Menerusi sosial media Facebook SUKMA Perak 2018, permohonan sukarelawan dibuka kepada orang ramai dan tarikh tutupnya adalah pada 30 November 2017.

SUKMA Ke-19 mencari 3,000 sukarelawan dan penyertaan daripada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) amat digalakkan.

Untuk menjadi sebahagian komuniti SUKMA, mereka yang berminat boleh muat turun borang dari laman web rasmi Kerajaan Negeri Perak atau di Facebook rasmi SUKMA Perak 2018.

Borang juga boleh diperoleh di Sekretariat SUKMA XIX Perak 2018 di alamat E-3-2 & E-4-2, Menara SSI, Soho 2, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak atau menghubungi talian 05-2461500/1551/1558, email sukmaperak2018@gmail.com dan Facebook.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top