14/11/2017 — Karnival Jualan Mega Pada 22 Hingga 26 Nov Di Ipoh Reviewed by Perak BN on . Bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk berbelanja pada harga berpatutan, satu Karnival Jualan Mega (KJM) 2017 akan diadakan pada 22 hingga 26 November ini Bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk berbelanja pada harga berpatutan, satu Karnival Jualan Mega (KJM) 2017 akan diadakan pada 22 hingga 26 November ini Rating: 0
You Are Here: Home » General » 14/11/2017 — Karnival Jualan Mega Pada 22 Hingga 26 Nov Di Ipoh

14/11/2017 — Karnival Jualan Mega Pada 22 Hingga 26 Nov Di Ipoh

perakbn Karnival Jualan Mega Pada 22 Hingga 26 Nov Di IpohBagi memberi peluang kepada masyarakat untuk berbelanja pada harga berpatutan, satu Karnival Jualan Mega (KJM) 2017 akan diadakan pada 22 hingga 26 November ini di Bulatan Amanjaya, Ipoh.

Sekretariat KJM 2017 berkata karnival anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama negeri Perak itu turut membantu merancakkan kegiatan ekonomi dan perniagaan domestik.

“KJM yang juga ‘signature event’ KPDNK telah dilaksanakan buat pertama kalinya di Johor Bahru pada tahun lepas dan mencatat jumlah jualan hampir RM11 juta.

“Pemilihan Perak sebagai lokasi pada kali ini adalah bersempena sambutan Tahun Melawat Perak 2017 serta memandangkan kedudukannya yang strategik membolehkan pempamer utama di sekitar Lembah Klang, Selangor dan Pulau Pinang untuk turut serta,” katanya menerusi petikan laporan media tempatan, hari ini.

KJM adalah satu bentuk karnival jualan bersepadu yang melibatkan jualan di trak makanan, pameran auto, pameran dan gerai jualan, latihan dan konsultasi, hiburan dan infotainment, konsert dan persembahan artis tanah air.

Antara lain, pada karnival kali ini ia akan digabungkan dengan beberapa program berimpak tinggi inisiatif KPDNKK antaranya Sambutan Hari Francais Kebangsaan, Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Kempen Back To School.

Difahamkan juga para pempamer akan menawarkan potongan harga jualan hingga 70 peratus.

“Beli-belah barang dapur, alatan sekolah, barangan keperluan rumah dan pelbagai lagi dengan diskaun sehingga 70 peratus di KJM2017. Sembilan pasaraya terkemuka akan menanti anda dari 22 hingga 26 November ini di Bulatan Amanjaya, Ipoh.

“Semuanya pada harga rendah!”demikian petikan KJM2017di Facebooknya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top