14/11/2017 — Belia Cina Disaran Lebih Giat Sertai Dialog TN50:- TS Pheng Yin Huah Reviewed by Perak BN on . Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) Tan Sri Pheng Yin Huah menyarankan supaya golongan belia Cina di negara ini untuk sertai secara aktif Dial Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) Tan Sri Pheng Yin Huah menyarankan supaya golongan belia Cina di negara ini untuk sertai secara aktif Dial Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 14/11/2017 — Belia Cina Disaran Lebih Giat Sertai Dialog TN50:- TS Pheng Yin Huah

14/11/2017 — Belia Cina Disaran Lebih Giat Sertai Dialog TN50:- TS Pheng Yin Huah

perakbn Belia Cina Disaran Lebih Giat Sertai Dialog TN50Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) Tan Sri Pheng Yin Huah menyarankan supaya golongan belia Cina di negara ini untuk sertai secara aktif Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Katanya, pandangan mereka dalam dialog tersebut mampu memberi kesan untuk masa depan negara dalam tempoh 30 tahun akan datang.

“Sambutan golongan belia Cina terhadap program TN50 amatlah menghampakan. Oleh itu, saya harap keadaan ini dapat diperbaiki.

“Mereka perlu mengambil peluang yang ada untuk memberi pandangan mengenai hala tuju negara pada masa hadapan,” katanya yang dipetik menerusi sebuah akhbar Cina tempatan.

Sementara itu, Tan Sri Yin Huah mengingatkan masyarakat , agar mengelakkan kelakukan budaya yang kurang sihat seperti memaki hamun, menabur fitnah dan sebagainya.

“Budaya kurang sihat ini kerap kali boleh kita lihat di dalam media sosial pada hari ini. Saya harap golongan belia Cina dapat hindari budaya negatif ini,” ujar beliau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top