13/11/2017 — Program Ace Perluaskan Bantuan Buat Pelajar Potensi Cemerlang:- Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff Reviewed by Perak BN on . Yayasan Perak memperkenalkan program membantu buat pelajar tahun empat dan lima yang berpotensi cemerlang dalam bidang pendidikan, iaitu dinamakan sebagai ‘Anak Yayasan Perak memperkenalkan program membantu buat pelajar tahun empat dan lima yang berpotensi cemerlang dalam bidang pendidikan, iaitu dinamakan sebagai ‘Anak Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 13/11/2017 — Program Ace Perluaskan Bantuan Buat Pelajar Potensi Cemerlang:- Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff

13/11/2017 — Program Ace Perluaskan Bantuan Buat Pelajar Potensi Cemerlang:- Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff

perakbn Program Ace Perluaskan Bantuan Buat Pelajar Potensi CemerlangYayasan Perak memperkenalkan program membantu buat pelajar tahun empat dan lima yang berpotensi cemerlang dalam bidang pendidikan, iaitu dinamakan sebagai ‘Anak Cemerlang Amanjaya’ (ACe).

Menurut Pengerusinya, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff, program berkenaan adalah satu inisiatif menyalurkan bantuan buat para pelajar yang sebelum ini bantuan disalurkan menerusi asrama Harmoni Amanjaya.

“Pada ketika itu pelajar adalah terhad 172 sahaja malah keberhasilan mereka agak kurang, jadi kita adakan program ACe yang mana pada peringkat pertama sebanyak 200 murid dari tahun lima dan 200 murid tahun enam mesti mendapat 2A,2B sekurangnya 1C memasuki program ini.

“Malah pada masa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kita jangkakan mereka akan memperolehi 5A bagi kesemua mata pelajaran,” katanya.

Jelas Datuk Mohamad Daud lagi, di bawah ACe sumbangan insentif sejumlah RM1,000 akan disediakan secara berperingkat sepanjang tahun yang merangkumi RM280 pemberian insentif kewangan pada awal tahun yang mana ia melibatkan barangan peralatan sekolah beg sekolah dan pakaian.

“Murid terpilih juga akan menerima wang saku sebanyak RM2 sehari dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM300 bagi yang berjaya mengekalkan keputusan cemerlang,” ujar beliau.

Pelajar yang gagal mencapai prestasi yang ditetapkan pada peperiksaan pertama secara automatik akan tersingkir daripada program ACe dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan menyaring nama baharu pelajar berpotensi.

Datuk MohamadDaud berkata demikian pada sesi sidang sempena majlis pelancaran Apresiasi & Inspirasi Kecemerlangan 2017 dan anugerah Huffaz di Ipoh, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang turut menyampaikan hadiah kepada pelajar yang cemerlang.

Majlis julung kali diadakan ini adalah sebagai satu penghargaan kepada anak Perak yang menempa kejayaan dalam pelbagai bidang.

“Ia satu cetusan idea daripada Menteri Besar yang mahu adanya satu pengiktirafan kepada pelajar daripada segenap aspek dengan penglibatan bersama Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk).

“Sekiranya tiada acara sebegini mungkin kita tidak mengetahui mengenai pencapaian terbaik anak-anak negeri ini yang antaranya telah berjaya mengalahkan juara Muaythai di Thailand,” kata Datuk Mohamad Daud yang mahu Yayasan Perak menjadi juara dalam membantu dari aspek pendidikan sukan, kokurikulum, dan agama.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top