13/11/2017 — KR1M 2.0 Lancar Hujung Tahun Melibatkan Lebih Banyak PKS:- DS Hamzah Zainuddin Reviewed by Perak BN on . Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjangkakan program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan dilancarkan selewat-lewatnya sebelum hujung tahu Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjangkakan program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan dilancarkan selewat-lewatnya sebelum hujung tahu Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/11/2017 — KR1M 2.0 Lancar Hujung Tahun Melibatkan Lebih Banyak PKS:- DS Hamzah Zainuddin

13/11/2017 — KR1M 2.0 Lancar Hujung Tahun Melibatkan Lebih Banyak PKS:- DS Hamzah Zainuddin

perakbn KR1M 2.0 Lancar Hujung Tahun Melibatkan Lebih Banyak PKSKementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjangkakan program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan dilancarkan selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata dalam proses penstrukutran semula program tersebut, ia akan melibatkan lebih ramai hasil produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) iaitu antara 200 hingga 300 syarikat.

“Beza KR1M dahulu ialah hanya Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) yang terlibat (mengedar barangan dan produk) tetapi sekarang kita bagi peluang kepada syarikat-syarikat lain termasuk pengusaha industri kecil dan sederhana untuk memasarkan produk mereka.

“Selain itu, sebanyak 5,000 hingga 6,000 unit simpanan barang (SKU) akan dijual dalam kedai-kedai KR1M 2.0 ini,” jelas beliau semasa sesi sidang media selepas merasmikan pra pelancaran Karnival Jualan Mega 2017 di Putrajaya, pada Isnin.

Semasa sesi pembbentangan bajet lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak mengumumkan KR1M 2.0 akan menyediakan lima barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas petroleum cecair (LPG).

Selain itu, sebanyak 50 jenis barangan pengguna berjenama turut dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top