13/11/2017 — Dana Tambahan RM3 Juta SMC Tingkat Akademik Pelajar India:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Tambahan dana sebanyak RM3 juta kepada Institusi Pendidikan Sri Murugan Centre (SMC) bertujuan membantu menggalakkan kecemerlangan akademik komuniti pelajar Ind Tambahan dana sebanyak RM3 juta kepada Institusi Pendidikan Sri Murugan Centre (SMC) bertujuan membantu menggalakkan kecemerlangan akademik komuniti pelajar Ind Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 13/11/2017 — Dana Tambahan RM3 Juta SMC Tingkat Akademik Pelajar India:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

13/11/2017 — Dana Tambahan RM3 Juta SMC Tingkat Akademik Pelajar India:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn Dana Tambahan RM3 Juta SMC Tingkat Akademik Pelajar IndiaTambahan dana sebanyak RM3 juta kepada Institusi Pendidikan Sri Murugan Centre (SMC) bertujuan membantu menggalakkan kecemerlangan akademik komuniti pelajar India di seluruh negara.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“(Saya akan tambah), jika institusi itu berjaya membuktikan kecemerlangan mereka dalam setiap peperiksaan awam.

“Saya amat berbangga dengan peranan SMC, saya benar-benar tersentuh, belanjakanlah tiga juta baik-baik, kalau semuanya dapat keputusan baik-baik, saya akan tambah tiga juta lagi, ini janji saya kepada SMC,” katanya.

Pada Mei lepas, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3 juta khusus untuk memberikan motivasi kepada program kecemerlangan akademik pelajar komuniti India negara ini.

SMC ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Tan Sri Dr M. Thambirajah bersama 48 pelajar terawal Persatuan Bahasa Tamil dan pensyarah Universiti Malaya untuk persediaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan Program Vetri 2018 di Bagan Datuk, pada Ahad.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top