12/11/2017 — Pemuda MIC Komited Tangani Isu Semasa Cameron Highlands:- DatuknC Sivarrajh Reviewed by Perak BN on . Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh menyuarakan komitmennya untuk menangani isu-isu semasa yang berlaku di Cameron Highlands. Beliau dalam kenyataannya hari in Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh menyuarakan komitmennya untuk menangani isu-isu semasa yang berlaku di Cameron Highlands. Beliau dalam kenyataannya hari in Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/11/2017 — Pemuda MIC Komited Tangani Isu Semasa Cameron Highlands:- DatuknC Sivarrajh

12/11/2017 — Pemuda MIC Komited Tangani Isu Semasa Cameron Highlands:- DatuknC Sivarrajh

perakbn Pemuda MIC Komited Tangani Isu Semasa Cameron HighlandsKetua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh menyuarakan komitmennya untuk menangani isu-isu semasa yang berlaku di Cameron Highlands.

Beliau dalam kenyataannya hari ini berkata, pihaknya kini bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedang berusaha menaik taraf jambatan Brinchang yang mana ia menjadi sebahagian daripada kebimbangan penduduk tempatan tatkala jumlah trafik bertambah ketika melalui jambatan itu.

“Kebimbangan terhadap jambatan itu akan dimasukkan ke dalam senarai tugasan saya untuk rakyat Cameron.

“Saya percaya masalah mengenai jambatan ini adalah sebahagian daripada masalah berkaitan kualiti jalan raya di Cameron, yang mana ia merupakan sesuatu yang perlu ditangani secepat mungkin,” katanya.

Beliau yang juga Penyelaras Parlimen Cameron Highlands turut maklum dan mengambil perhatian tentang isu kekurangan tenaga kerja tempatan dalan sektor pertanian.

“Saya sedar ketidakupayaan banyak petani untuk mendapatkan tenaga kerja untuk mengusahakan ladang mereka kerana status tanah mereka, ini kerana kebanyakan mereka hanya memiliki Lesen Pendudukan Sementara (TOL) untuk tanah itu.

“Bagi peladang mereka terjejas selepas pelaksanaan E-Card kerana ramai yang tidak mampu untuk memohon E-Kad untuk pekerja mereka,” ulas Datuk Sivarraajh.

Antara lain aspek keselamatan seperti bencana banjir diberi perhatian yang mana gesaan terhadap perancangan infrastruktur jangka panjang dilakukan untuk memastikan kawasan tanah tinggi itu terus selamat dikunjungi dan menjadi destinasi pelancongan.

Dalam hal ini, Datuk Sivarraajh mengingatkan semua pihak tidak mengambil mudah isu penebangan hutan dan penerokaan kawasan baharu.

“Saya juga mengambil berat tentang beberapa isu kemudahan asas seperti: kecekapan perkhidmatan perubatan, dan akses ke hospital, kualiti jalan raya, menaik taraf sekolah dan dewan masyarakat untuk penduduk.

“Cameron Highlands berpotensi untuk menjadi destinasi kegemaran yang bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, tetapi juga untuk masyarakat luar,” katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top