12/11/2017 — Pemilihan Semula CEC, Hanya 50 Peratus Hadir:- Grant Thornton Reviewed by Perak BN on . Pemilihan semula Jawatankuas Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP yang berlangsung hari ini dikatakan hanya melibatkan 50 peratus kehadiran. Menurut wakil dari firma Pemilihan semula Jawatankuas Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP yang berlangsung hari ini dikatakan hanya melibatkan 50 peratus kehadiran. Menurut wakil dari firma Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/11/2017 — Pemilihan Semula CEC, Hanya 50 Peratus Hadir:- Grant Thornton

12/11/2017 — Pemilihan Semula CEC, Hanya 50 Peratus Hadir:- Grant Thornton

perakbn Pemilihan Semula CEC, Hanya 50 Peratus Hadir Grant ThorntonPemilihan semula Jawatankuas Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP yang berlangsung hari ini dikatakan hanya melibatkan 50 peratus kehadiran.

Menurut wakil dari firma perunding Grant Thornton, pihaknya mengeluarkan statistik bahawa sebanyak 1,356 atau 53.94 peratus daripada 2,514 orang perwakilan DAP yang layak mengundi hadir pada pemilihan tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), di Shah Alam.

“Perwakilan yang layak mengundi dalam CEC kali ini juga berkurang daripada 2,576 kepada 2,514. Ini berikutan seramai 62 perwakilan tidak layak mengundi kerana keluar parti, meninggal dunia dan diisytihar muflis,” katanya.

Dari segi jumlah calon yang bertanding dalam pemilihan semula CEC ini adalah turun daripada 68 calon kepada 62 calon.

“Ini berikutan terdapat lima calon yang telah keluar parti manakala seorang calon pula telah meninggal dunia,” demikian menurut wakil Grant Thornton.

Pada 17 April 2013, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan notis arahan melarang DAP daripada membuat sebarang keputusan, susulan pemilihan CEC parti itu pada 15 Disember 2012 yang didakwa wujud penyelewengan apabila berlaku kesilapan pengiraan undi, selain gagal memberi notis kepada 753 perwakilan sah dan layak mengundi.

Keputusan pemilihan CEC hari ini dijangka akan diperoleh pada pukul 6 petang nanti.

Sebelum itu dilaporkan beberapa kekecohan kecil berlaku di luar dewan apabila penyokong calon berkempen pada saat akhir termasuk yang secara terang-terang membawa sepanduk meminta perwakilan tidak memilih Lim Guan Eng.

Berucap semasa merasmikan kongres, Guan Eng berkata DAP akur arahan ROS untuk mengadakan pemilihan semula kerana bimbang tidak dapat menggunakan lambang ‘roket’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“DAP pada mulanya bercadang menolak arahan itu dan ingin merujuk ke mahkamah, namun terpaksa melupakan pilihan itu kerana tidak mahu menanggung risiko diharamkan menggunakan lambang roket dalam PRU-14,” katanya

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top