12/11/2017 — Kaum India Turut Sumbang Kepada Negara, Kerajaan Mahu Hargai:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Kerajaan mengaku masyarakat India di negara ini memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan, justeru mereka tidak melepaskan peluang yang dise Kerajaan mengaku masyarakat India di negara ini memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan, justeru mereka tidak melepaskan peluang yang dise Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/11/2017 — Kaum India Turut Sumbang Kepada Negara, Kerajaan Mahu Hargai:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

12/11/2017 — Kaum India Turut Sumbang Kepada Negara, Kerajaan Mahu Hargai:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn Kaum India Turut Sumbang Kepada Negara, Kerajaan Mahu Hargai

Kerajaan mengaku masyarakat India di negara ini memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan, justeru mereka tidak melepaskan peluang yang disediaman bagi meningkatkan lagi tarag hidup.

Demikian yang diminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan masyarakat tersebut juga peluang yang perlu diambil menerusi pelaksanaan ‘blueprint’ yang diumumkan Perdana Menteri.

“Masyarakat India telah memberi sumbangan yang tidak kurang penting dalam membangunkan negara, baik dalam sektor ekonomi dan bidang lain berkaitan.

“Sumbangan ini harus dihargai dengan membantu menghapuskan kemiskinan di kalangan masyarakat India terutama kemiskinan di bandar,” katanya.

Tambahnya lagi, peluang menyediakan dua bilion unit saham amanah oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga adalah satu usaha bagi meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat berkenaan.

Bukan hanya itu, kerajaan komited dengan sasaran memastikan sekurang-kurangnya tujuh peratus penjawat awam terdiri daripada masyarakat India.

“Amat rugi atau kerugian besar jika idea (kerajaan) yang ada tidak dapat diterjemahkan oleh rakyat Malaysia keturunan India,” katanya.

Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid berkata demikian semasa merasmikan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2017 di Sungai Siput, malam ini.

Majlis dihadiri lebih 15,000 orang itu turut sama diraikan Menteri Besar , Datuk Seri Diraja nDr Zambry Abd Kadir; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid dalam ucapannya mengambil kesempatan meminta penduduk dalam Parlimen Sungai Siput agar kembali menyokong calon kerajaan seperti mana sokongan diberikan kepada tokoh masyarakat India sebelum ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top