11/11/2017 — Paras Air Empangan Sultan Azlan Shah Normal:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin Reviewed by Perak BN on . Bacaan paras Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Ipoh setakat malam tadi adalah jauh daripada paras bahaya dengan bacaannya 245.17 meter. Pengerusi Jawatanku Bacaan paras Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Ipoh setakat malam tadi adalah jauh daripada paras bahaya dengan bacaannya 245.17 meter. Pengerusi Jawatanku Rating: 0
You Are Here: Home » General » 11/11/2017 — Paras Air Empangan Sultan Azlan Shah Normal:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

11/11/2017 — Paras Air Empangan Sultan Azlan Shah Normal:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

perakbn Paras Air Empangan Sultan Azlan Shah NormalBacaan paras Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Ipoh setakat malam tadi adalah jauh daripada paras bahaya dengan bacaannya 245.17 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata bacaan itu adalah normal yang mana bacaan paras bahaya banjir adalah pada 246.47 meter.

“Kalau diikutkan buat masa ini empangan berada pada paras normal. Paras berjaga-jaga pula adalah 246.03 meter,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Jelasnya, jika taburan hujan tinggi maka kemungkinan berlaku peningkatan paras air dan seterusnya kawasan sepanjang Hilir Sungai Kinta berisiko banjir.

Jika keadaan itu berlaku, Datuk Zainol Fadzi berkata akan ada pemindahan penduduk di kawasan yang ditenggelami air di sepanjang Sungai Kinta.

” Sejak empangan ini digunakan paras tertinggi yang pernah dicatat adalah 246.00 meter,” katanya.

Sementara itu, bagi keadaan paras air di Sungai Perak, Kuala Kenderong , Gerik Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Perak, Juhaimi Jusoh berkata Paras kritikal sungai berkenaan ialah 112.50 meter dan setakat ini, ia beràda dalam keadaan normal.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top