11/11/2017 — Jawatankuasa Khas Perincian Perancangan Pangkor Kawasan Bebas Cukai:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Sebuah jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi menjadi pihak yang membuat persiapan dan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk pembangunan Pulau Pangkor Sebuah jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi menjadi pihak yang membuat persiapan dan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk pembangunan Pulau Pangkor Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 11/11/2017 — Jawatankuasa Khas Perincian Perancangan Pangkor Kawasan Bebas Cukai:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

11/11/2017 — Jawatankuasa Khas Perincian Perancangan Pangkor Kawasan Bebas Cukai:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Jawatankuasa Khas Perincian Perancangan Pangkor Kawasan Bebas CukaiSebuah jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi menjadi pihak yang membuat persiapan dan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk pembangunan Pulau Pangkor sebagai kawasan bebas cukai.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, jawatankuasa tersebut juga akan memperincikan tentang item atau produk-produk yang akan menjadi tarikan dan boleh diniagakan sebagai barang bebas cukai.

“Harap ia akan jadi satu pulau bebas cukai yang tidak semata-mata memikirkan ia hanya tertakluk item seperti arak dan rokok. Padahal pulau bebas cukai itu boleh dijenamakan dengan item-item dan produk lain,” katanya.

Buat masa ini, anggota jawatankuasa itu termask Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Kewangan Negeri, wakil barisan exco, pihak kementerian serta Jabatan Kastam.

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2018, Pangkor diisytihar kawasan bebas cukai namun tidak tertakluk kepada barangan arak, rokok dan kenderaan bermotor.

“Kita elak daripada penjualan arak dan rokok ia akan beri kesan kepada masyarakat.

“Saya yakin dengan adanya keputusan seperti ini, Pulau Pangkor dijadikan dalam konteks itu,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry ketika ditemui pemberita di Pulau Pangkor, lewat Jumaat petang.

Mengulas lanjut tentang pengisytiharan itu, beliau yakin ia akan membawa pertumbuhan sosioekonomi yang positif kepada kawasan sekitar termasuk Manjung.

“Kesan-kesan yg dibawa daripada pertumbuhan begini, kita lihat nilai tanah dan aset di Manjung akan beri pertumbuhan yang baik kepada ekonomi, itulah harapan kita,” ujar beliau.

Sebelum itu, Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengakui Pulau Pangkor telahpun mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri untuk menjadi destinasi pilihan dan antaranya ialah penganjuran Pangkor Mountain Bike Challenge yang dimulakan pada tahun lepas, diiukuti program PULARA.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top