10/11/2017 — Pemandu Teksi Sebagai Duta Pulau Pangkor:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pangkor berada pada tahap yang baik, peranan para pemandu teksi menjadi salah satu faktor untuk diberi keutam Bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pangkor berada pada tahap yang baik, peranan para pemandu teksi menjadi salah satu faktor untuk diberi keutam Rating: 0
You Are Here: Home » General » 10/11/2017 — Pemandu Teksi Sebagai Duta Pulau Pangkor:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

10/11/2017 — Pemandu Teksi Sebagai Duta Pulau Pangkor:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Pemandu Teksi Sebagai Duta Pulau PangkorBagi memastikan perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pangkor berada pada tahap yang baik, peranan para pemandu teksi menjadi salah satu faktor untuk diberi keutamaan.

Dalam hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata pemandu teksi dilihat sebagai duta kecil yang menggambarkan imej pelancongan di pulau tersebut.

“Saya tekankan kepada mereka iaitu mereka merupakan jurucakap dan duta imej kita, saya ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sanggup jalani latihan (pelancongan).

“Saya harap mereka jalani latihan ini bagi perbaiki dari semasa ke semasa. Kita beri perhatian kepada persatuan pemandu teksi bagi pastikan perkhidmatan di Pulau Pangkor ini diberikan dengan baik; ini memandangkan saya jangka dalam tempoh beberapa tahun akan datang Pangkor akan menjadi kawasan pelancong dari dalam atau luar negara apatah lagi dengan pengumuman Perdana Menteri yang mengisytiharkan Pulau Pangkor bebas cukai,” katanya selepas mengadakan sesi santai bersama pemandu teski di Pulau Pangkor, pada Jumaat.

Mengenai latihan pelancongan yang disertai oleh pemandu teski, ia turut merangkumi tatacara sikap serta aspek pengurusan.

Sebelum ini Persatuan Pemandu Teksi Pulau Pangkor telah menghantar kumpulan pertama ke Kuala Lumpur bagi mengikuti latihan berkenaan.

Maklum Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi, bagi meningkatkan perkhidmatan teksi aspek imej kenderaan itu akan turut diberi penekanan secara berperingkat.

“Kita juga sedang fikirkan kaedah dan bentuk, teksi-teksi di Pangkor ini untuk menjadi unik.

“Ini termasuklah vannya, tempoh masa, bentuk van yang lain, warna, jenis van dan ini kita buat secara perlahan dulu.

“Proses pembaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Pada sesi pertemuan itu, beliau turut memaklumkan penubuhan koperasi persatuan teksi yang mana sejumlah dana tambah diperuntukan bagi tujuan menggalakan aktiviti koperasi berkenaan.

” Saya harap dengan bantuan awal ini ia akan dapat menggerakan program awal mereka di Pulau Pangkor. Ahlinya terdiri 114 orang iaitu mereka yang mempunyai teksi,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry yanh merupakan ADUN Pangkor.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top