10/11/2017 — Pasukan Perak Giat Bantu Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Reviewed by Perak BN on . Ketika ini, pasukan khas Perak sedang giat membantu mangsa banjir khususnya melakukan kerja-kerja pembersihan kediaman. Dalam misi ini ia turut disertai Menteri Ketika ini, pasukan khas Perak sedang giat membantu mangsa banjir khususnya melakukan kerja-kerja pembersihan kediaman. Dalam misi ini ia turut disertai Menteri Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 10/11/2017 — Pasukan Perak Giat Bantu Mangsa Banjir Di Pulau Pinang

10/11/2017 — Pasukan Perak Giat Bantu Mangsa Banjir Di Pulau Pinang

perakbn Pasukan Perak Giat Bantu Mangsa Banjir Di Pulau PinangKetika ini, pasukan khas Perak sedang giat membantu mangsa banjir khususnya melakukan kerja-kerja pembersihan kediaman.

Dalam misi ini ia turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Menerusi twitter Datuk Seri Diraja Dr Zambry hari ini, beliau memaklumkan misi bantuan pasca banjir ini sempat dilakukan di Kampung Padang Menora, Tasek Gelugor dan Kampung Cempedak.

“Team saya pagi ini membantu di Kampung Menora, Tasek Gelugor. Kasihan melihat kemusnahan dalam rumah,” tweet beliau.

Sementara itu, di Facebook Datuk Rusnah, beliau bersama dengan Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat membantu membersihkan kawasan di Kampung Chegar, Tasek Gelugor yang juga disertai oleh pasukan sukarelawan dan anggota agensi kerajaan yang berkaitan.

“Seramai lebih daripada 600 sukarelawan termasuk pihak berkuasa tempatan Perak yang diketuai saya sendiri dan YAB Menteri Besar yang turun ke Pulau Pinang membantu pasca banjir,” katanya.

Sebelum itu, pasukan khas bantuan ini mendengar sesi taklimat daripada wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas.

Pada Rabu lepas, Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengumumkan memperuntukkan sejumlah RM100,000 diluluskan bagi membantu pengurusan pasca banjir di Pulau Pinang.

Peruntukan berkenaan akan digunakan untuk membeli peralatan yang diperlukan untuk membantu mangsa-mangsa terlibat.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top