10/11/2017 — Kemudahan SUKMA Bakal Siap Sepenuhnya Februari Depan:- DS Abdul Puhat Mat Nayan Reviewed by Perak BN on . Setiap kemudahan sukan sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, Kerajaan Negeri bakal siap sepenuhnya menjelang Februari depan atau selewat-lewatnya awa Setiap kemudahan sukan sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, Kerajaan Negeri bakal siap sepenuhnya menjelang Februari depan atau selewat-lewatnya awa Rating: 0
You Are Here: Home » General » 10/11/2017 — Kemudahan SUKMA Bakal Siap Sepenuhnya Februari Depan:- DS Abdul Puhat Mat Nayan

10/11/2017 — Kemudahan SUKMA Bakal Siap Sepenuhnya Februari Depan:- DS Abdul Puhat Mat Nayan

perakbn Kemudahan SUKMA Bakal Siap Sepenuhnya Februari DepanSetiap kemudahan sukan sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, Kerajaan Negeri bakal siap sepenuhnya menjelang Februari depan atau selewat-lewatnya awal April.

Jaminan itu dinyatakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana SUKMA ke-19, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan yang memberitahu kemudahan sukan itu melibatkan proses baik pulih, menaik taraf dan pembinaan semula.

“Semua proses baik pulih, naik taraf dan pembinaan kemudahan baharu itu akan siap secara berperingkat dan meliputi semua kemudahan seperti Stadium Ipoh, Pusat Akuatik, Kompleks Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Stadium Indera Mulia dan lain-lain yang akan digunakan pada Sukma nanti.

”Jangkaan kita, semua kemudahan ini akan siap pada Februari atau selewat-lewatnya awal April tahun depan,” katanya.

Penyediaan kemudahan untuk SUKMA ini adalah berniai RM160 juta yang mana ia diperuntukkan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Datuk Seri Abdul Puhat berkata demikian pada sesi sidang media di Ipoh, pada Jumaat.

SUKMA 2018 dijangka berlangsung selama 11 hari bermula 12 September dengan mempertandingkan 29 acara melibatkan 27 venue.

Datuk Seri Abdul Puhat yang sempat mengadakan lawatan ke beberapa lokasi pertandingan turut akan mengadakan lawatan ke Taiping dan Manjung dalam masa terdekat bagi melihat proses menaik taraf dan membaik pulih yang dijalankan.

“Di Taiping, kita akan adakan acara judo, berbasikal, bola jaring, golf dan bola sepak manakala di Manjung membabitkan pelayaran serta futsal,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top