09/11/2017 — Pembersihan Iklan Ah Long Dilakukan Di Sekitar Bandaraya Ipoh:- Datuk Zamri Man Reviewed by Perak BN on . Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melaksanakan kerja pembersihan bagi iklan-iklan haram melibatkan pinjaman Ah Long di sekitar bandar raya. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Z Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melaksanakan kerja pembersihan bagi iklan-iklan haram melibatkan pinjaman Ah Long di sekitar bandar raya. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Z Rating: 0
You Are Here: Home » General » 09/11/2017 — Pembersihan Iklan Ah Long Dilakukan Di Sekitar Bandaraya Ipoh:- Datuk Zamri Man

09/11/2017 — Pembersihan Iklan Ah Long Dilakukan Di Sekitar Bandaraya Ipoh:- Datuk Zamri Man

perakbn Pembersihan Iklan Ah Long Dilakukan Di Sekitar Bandaraya IpohMajlis Bandaraya Ipoh (MBI) melaksanakan kerja pembersihan bagi iklan-iklan haram melibatkan pinjaman Ah Long di sekitar bandar raya.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata bermula Januari sehingga September tahun ini sebanyak 84,645 unit iklan haram diturunkan.

“Sebahagian besar iklan haram tersebut adalah iklan peminjam wang haram (Ah Long) iaitu sebanyak 66,911 unit,” katanya.

Terbaharu pada semalam dan kelmarin, beliau bersama pasukan MBI telah turun padang untuk membersihkan iklan haram iaitu di sekitar Bercham dan Klebang.

Hasil daripada itu sebanyak hampir 2,000 iklan Ah Long telah ditanggalkan pada kedua-dua hari tersebut.

“Hasil pemerhatian selama dua hari di sekitar kawasan Kledang dan Bercham mendapati terdapat banyak iklan haram dipasang pada tiang-tiang lamp, pokok-pokok dan harta-harta awam milik MBI termasuklah iklan komersial, hartanah, jualan produk, iklan peminjam wang Ah Long dan lain-lain.

“Pembersihan iklan haram berkenaan sentiasa dijalankan secara berkala oleh 15 anggota Penguatkuasa daripada Unit Iklan, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, MBI,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Datuk Zamri lagi tindakan tegas akan diambil dibawah Undang-Undang Kecil Iklan MBI 2013 iaitu kepada mana-mana pihak atau individu yang menampal iklan haram yang akan mengotorkan permandangan bandaraya Ipoh adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan kompaun maksimum RM250 untuk setiap kesalahan.

Sehubungan dengan itu, sejumlah 1,468 kompaun yang bernilai RM274,215.00 telah dikeluarkan mulai Januari hingga September yang telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang tersebut.

“Tindakan mengkompaun adalah merupakan tindakan terakhir diambil oleh MBI setelah usaha-usaha menasihati gagal.

“Kerjasama warga kota Ipoh adalah dipohon bersama-sama membantu MBI untuk mengekalkan status Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia dengan cara membantu menanggalkan iklan haram di hadapan kediaman masing-masing, menegah pemasang iklan haram serta amat mengalu-alukan maklumat berkaitan pemasang iklan haram serta butir-butir kenderaan yang digunakan supaya tindakan lanjut boleh diambil oleh pihak MBI,” katanya lagi.

Bagi tujuan ini, orang ramai boleh menghubungi talian hotline MBI di 05-255 1515 atau WhatApp MBI di talian 019-550 3083 atau melalui email di aduan@mbi.gov.my jika mendapati ada pihak atau individu yang masih menampal iklan haram di sekitar kediaman masing-masing.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top