09/11/2017 — Cuaca Tidak Menentu, LKIM Perak Simpan Ikan Segar Beku:- Zarina Abd Latifff Reviewed by Perak BN on . Susulan cuaca yang tidak menentu ketika ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri Perak mengambil tindakan menyimapn menyimpan lebih satu tan metrik ika Susulan cuaca yang tidak menentu ketika ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri Perak mengambil tindakan menyimapn menyimpan lebih satu tan metrik ika Rating: 0
You Are Here: Home » General » 09/11/2017 — Cuaca Tidak Menentu, LKIM Perak Simpan Ikan Segar Beku:- Zarina Abd Latifff

09/11/2017 — Cuaca Tidak Menentu, LKIM Perak Simpan Ikan Segar Beku:- Zarina Abd Latifff

perakbn Cuaca Tidak Menentu LKIM Perak Simpan Ikan Segar BekuSusulan cuaca yang tidak menentu ketika ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri Perak mengambil tindakan menyimapn menyimpan lebih satu tan metrik ikan segar beku Q’fish.

Menurut Pengarahnya, Zarina Abd Latiff buat masa ini, bekalan ikan segar itu dijangka mencukupi keperluan pengguna.

“Buat masa sekarang kita di tahap sentiasa bersedia dan orang ramai tidak perlu risau kerana bekalan ikan dijangka mencukupi jika keadaan cuaca menyebabkan bekalan ikan berkurangan kelak,” katanya.

Q’Fish merupakan satu penjenamaan semula yang menggantikan Program Ikan Rakyat LKIM yang mula diperkenalkan pada tahun 2013.

Zarina berkata demikian pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) LKIM di Lumut, pada Rabu.

Berucap pada majlis itu, beliau mengingatkan kakitangan LKIM agar bersikap amanah dan telus dalam menyempurnakan tugasan kerana selaku peneraju pembangunan nelayan, agensi tersebut turut memikul tanggungjawab besar dalam memperbaiki kedudukan sosioekonomi para nelayan.

“Kesemua insentif kepada nelayan pastinya perlu melalui prosedur dan syarat sendiri bagi memastikan ia dibelanjakan dengan telus dan bertanggungjawab serta dikuatkuasakan,” katanya.

Hadir menyaksikan majlis tanda tangan itu ialah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Perak Datuk Zainul Darus.

Sejak dilancarkan pada Ogos lepas, sebanyak 126 agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di Perak telah menandatangani IBR dan jumlah itu menunjukkan satu tanda aras yang baik.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top