08/11/2017 — Tambahan RM1 Juta Persediaan Banjir:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Untuk langkah persediaan terhadap masalah banjir yang bakal dialami beberapa kawasan di negeri ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengumu Untuk langkah persediaan terhadap masalah banjir yang bakal dialami beberapa kawasan di negeri ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengumu Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 08/11/2017 — Tambahan RM1 Juta Persediaan Banjir:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

08/11/2017 — Tambahan RM1 Juta Persediaan Banjir:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Tambahan RM1 Juta Persediaan BanjirUntuk langkah persediaan terhadap masalah banjir yang bakal dialami beberapa kawasan di negeri ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan peruntukan tambahan bernilai RM1 juta.

Jelasnya, penambahan itu disalurkan kepada tabung khas persediaan banjir yang sememangnya telah diwujudkan untuk tujuan pengurusan dan keperluan ketika atau selepas bencana itu.

“Sebelum ini kita pernah meletakkan peruntukkan di setiap daerah namun kita akan membuat persiapan awal (tambah) peruntukkan ini bagi membolehkan persiapan-persiapan dilakukan; kalau sekiranya berlaku sebarang perkara yang kita tidak jangkakan seperti banjir-banjir besar atau masalah-masalah yang berlaku di suatu kawasan.

“Jadi kita telah menjelaskan pada hari ini kita telah menyediakan sedikit (peruntukan); sebelum jadi (bencana dan masalah) kita tambahkan lagi RM1juta,” katanya.

Dalam urusan bantuan banjir di negeri Perak, ia diketuia oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Rusnah Kassim.

Kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry, menerusi pasukan ini mereka akan mengenal pasti bentuk bantuan yang akan dilakukan dan dalam masa yang sama pasukan ini juga terlibat dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Saya nak tekankan juga di negeri Perak juga kita menyediakan team yang sama (bantu negeri Pulau Pinang) jadi kita tidak mahu timbul masalah bahawa yang kita lihat masalah di luar dan tidak ambil tahu masalah rakyat sendiri,” jelas beliau.

Sementara itu, beliau juga menasihat orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah bersedia berhadapan dengan sebarang situasi terutama ketika musim hujan ini.

Ini bukan sahaja melibatkan mereka yang tinggal di kawasan berhampiran sungai, tetapi juga di kawasan banjir yang turut berkemungkinan berdepan masalah banjir kilat.

“Saya berharap semua pihak dapat bekerjasama sama ada rakyat atau pun masyarakat di kampung-kampung khususnya di kawasan yang berdekatan dengan sungai utama atau sungai kecil yang boleh memberi kesan mengambil langkah persediaan.

“Ini termasuk kemungkinan banjir kilat yang disebabkan hujan lebat dan diingatkan ambil tindakan yang perlu untuk membuat persiapan awal,” nasihat Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top